fbpx
Now Reading
10 Filem Terbaik Untuk Korang Tonton Pada Waktu Terluang Sepanjang Total Lockdown Ini

10 Filem Terbaik Untuk Korang Tonton Pada Waktu Terluang Sepanjang Total Lockdown Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, negara kita bakal menjalani total lockdown bermula 1 Jun hingga 14 Jun ini. Perintah ini diputuskan berikutan jumlah kes jangkitan Covid-19 yang mencanak naik setiap hari.

Untuk sama-sama membantu menghalang jumlah kes harian yang lebih banyak, kita haruslah sentiasa mengamalkan konsep ‘Duduk Di Rumah’ supaya tidak akan terdedah dengan sebarang jangkitan mahupun menjadi pembawa senyap virus Covid-19.

Memandangkan kita semua tidak dapat keluar rumah, berikut merupakan 10 filem terbaik yang boleh anda tonton untuk meluangkan masa lapang sepanjang tempoh total lockdown ini!

#1 The Call

Foto: New Indian Express

Seo-yeon merupakan seorang wanita hidup di masa kini dan tanpa sengaja terjumpa sebuah telefon lama di rumah yang dihuninya sewaktu kecil. Dia sering mendapat panggilan telefon misteri daripada seseorang yang mencari rakannya.

Dia kemudian mengetahui orang yang menghubunginya selama ini adalah Young-sook, seorang wanita dari masa lalu. Terdapat banyak perkara yang telah dikongsi oleh mereka berdua melalui telefon. Tetapi segalanya menjadi kacau bilau apabila masa depan terungkai dan masa lalu berjaya diubah.

Genre: Thriller, Fantasi

#2 The Flu

Foto: Netflix

Sebuah pandemik yang paling buruk pernah terjadi di Bundang, pinggir bandar Seoul. Selepas menyeludup masuk pendatang tanpa izin ke negara itu, Byung-woo meninggal dunia akibat virus yang tak dikenal pasti. 

Selepas itu, simptom yang sama terjadi kepada penduduk di Bundang dan jumlah kes jangkitan naik mendadak. Yang paling menakutkan, bandar yang dihuni setengah juta orang dengan jarak 19 kilometer dari Seoul itu bakal ditutup dan perintah shutdown dikeluarkan. 

Genre: Sains Fiksyen, Drama

#3 Us

Foto: The New York Times

Untuk melepaskan diri daripada kehidupan yang sibuk, keluarga Wilson telah bercuti ke Santa Cruz, California dengan rancangan untuk meluangkan masa dengan keluarga Tyler. Pada suatu hari di sebuah pantai, anak lelaki mereka, Jason hampir hilang menyebabkan ibunya, Adelaide cuba untuk lebih melindungi ahli keluarganya.

Pada malam itu, empat orang yang misteri telah memecah masuk ke rumah Adelaide, di mana merupakan tempat tinggalnya sewaktu kecil. Keluarga itu terkejut selepas mendapati penceroboh itu kelihatan sama seperti mereka, cuma dengan penampilan yang aneh.

Genre: Seram, Thriller

#4 Forgotten

Foto: Asia in Cinema

Jin-seok berpindah ke rumah baru bersama keluarganya. Dia menderita penyakit hipersensitif. Suatu malam ketika sedang hujan lebat, Jin-seok terjumpa abangnya diculik sekumpulan lelaki dengan menaiki sebuah van. 

Selepas 19 hari kehilangannya, abangnya tiba-tiba pulang ke rumah. Jin-seok mula ternampak sedikit perubahan dengannya menyebabkan dia berasa curiga. Dia juga kerap mendengar bunyi dari sebuah bilik berkunci yang menjadikannya paranoid dengan keadaan dan orang sekeliling.

Genre: Thriller, Misteri

#5 Eli

Foto: Digital Spy

Eli ialah seorang kanak-kanak lelaki menderita penyakit yang jarang berlaku menyebabkan dia terpaksa menjalani kehidupan dengan alat pelindung. Ibu bapanya, Rose dan Paul telah membawanya ke sebuah fasiliti perubatan terpencil, di sebuah rumah lama yang besar.

Pada awalnya Eli gembira apabila mengetahui fasiliti itu membolehkannya hidup tanpa menggunakan alat pelindung, tetapi keseronokan itu terhenti selepas dia mula mengalami fenomena luar biasa di rumah itu.

Genre: Seram

#6 Bird Box

Foto: Indie Wire

Setelah berlakunya keganasan global yang tidak diketahui, wanita ini perlu mencari kekuatan untuk melarikan diri bersama anak-anaknya menyusuri sungai berbahaya. Oleh kerana mereka tidak dapat melihat, perjalanan itu terpaksa dilakukan secara membuta tuli. 

Genre: Seram, Sains Fiksyen

#7 Can’t Help Falling In Love

Foto: Netflix

Perunding Kewangan, Gab dela Cuesta merupakan seorang pakar dalam menjayakan setiap perancangan. Suatu hari, dia menerima lamaran kahwin daripada teman lelakinya.

Apabila menyedari dia telah berkahwin dengan seorang trip leader yang happy-go-lucky, Dos Gonzales, kehidupannya berubah serta merta. Tetapi perubahan tersebut turut menyedarkan tentang perasaan sebenarnya terhadap Dos.

Genre: Romantik

#8 Miracle in Cell No. 7

Foto: Kincir

Filem ini berkisarkan tentang seorang lelaki dengan masalah mental dipenjara atas tuduhan membunuh, di mana dia telah menjalin persahabatan dengan penjenayah di selnya. Mereka telah membantu berjumpa dengan anak perempuannya dengan menyeludup ke penjara.

Ianya berdasarkan kisah sebenar seorang lelaki yang diseksa dan mengaku bersalah atas tuduhan rogol dan bunuh seorang gadis berusia 9 tahun pada 27 September 1982 di Chuncheon, Korea Selatan sebelum akhirnya dibebaskan pada November 2008.

Genre: Drama, Komedi

#9 Parasite

Foto: Insider

Keluarga Ki-taek tinggal di sebuah pangsapuri bawah tanah di kawasan berpendapatan rendah di Seoul. Suatu hari, Ki-taek ditawarkan pekerjaan sebagai seorang tutor dengan gaji yang lumayan. Rakannya meminta anak lelaki Ki-taek untuk mengambil alih kerja tersebut semasa dia berada di luar negara. Di situlah bermulanya konflik antara keluarga Ki-taek dengan pekerja-pekerja lain di rumah majikannya.

Genre: Thriller, Komedi

#10 The Devil Wears Prada

Foto: Teen Vogue

Di New York, seorang graduan journalism, Andrea Sachs yang naif dan tidak pandai bergaya diambil bekerja sebagai pembantu kedua Miranda Priestly, wanita yang berkuasa dan classy. Dia merupakan eksekutif majalah fesyen Runway dikenali dengan perwatakan kejam dan tiada belas kasihan.

Andrea bercita-cita untuk menjadi seorang jurnalis dan cuba untuk berhadapan dengan peluang yang diberi sebagai cabaran profesional sementara.

Genre: Komedi, Romantik

Kalau rasa macam bosan dan tak tahu nak buat apa selepas dah siapkan kerja, bolehlah layan cerita yang dah dicadangkan ini. Yang pasti, semuanya memang best dan wajib dimasukkan dalam checklist filem yang harus anda tonton!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.