fbpx
Now Reading
Persoal Kuasa Sultan Johor : Ibu Neelofa Mohon Maaf & Buat Laporan Polis, Dakwa Kecuaian Staf Guna Akaun Miliknya

Persoal Kuasa Sultan Johor : Ibu Neelofa Mohon Maaf & Buat Laporan Polis, Dakwa Kecuaian Staf Guna Akaun Miliknya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengguna media sosial hari ini hangat memperkatakan mengenai penularan satu tangkap layar dari IG Story ibu kepada selebriti dan usahawan, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini yang didakwa mempersoalkan kuasa sultan Johor dan sistem perlembagaan Malaysia.

Insiden tersebut menyebabkan kebanyakan netizen meluahkan rasa kesal mereka memandangkan tindakan berkenaan dilihat tidak sensitif apatah lagi kata-kata yang digunakan dilihat agak kasar.

Ia kemudian turut menarik perhatian anakanda kepada Sultan Johor sendiri Tunku Idris yang kemudiannya memuat naik satu posting di IG Storynya seperti yang dikongsikan seorang pengguna Twitter.

Kartini mohon maaf, kecuaian Staf yang ada akses instagram

Tebaharu Noor Kartini tampil memperjelaskan apa sebenarnya yang terjadi di pihaknya. Menurut Kartini kejadian tersbut berlaku di atas kecuaian salah seorang stafnya yang telah menyalah gunakan akaun instagram miliknya bagi tujuan peribadi.

“Saya ingin menjelaskan hantaran berhubung sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia dalam IG Story yang tersebar. Ia berlaku atas kecuaian salah seorang kakitangan yang mempunyai akses membuka laman IG saya.

“Dia yang juga pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja memuat naik dalam IG Story tanpa sedar menggunakan akaun saya, @noorkartini.

Ekoran dari itu Kartini telah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail berhubung isu berkenaan.

“Saya sudah membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya kepada BH Online.

Beliau dalam masa sama turut memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga diraja ekoran salah faham berkenaan.

“Kepada Istana Negeri Johor terutamanya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan seluruh ahli keluarga diraja, patik merafak sembah memohon maaf di atas kecuaian yang terjadi,” katanya.

Beliau kemudian turut dilihat berkongsi screenshot laporan polis berkenaan selain perbualannya bersama staf berkenaan di laman istagramnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.