fbpx
Now Reading
Buat Live Pukul 2 Pagi, Haqiem Rusli Umum Bakal Nikah Hujung Tahun Ini

Buat Live Pukul 2 Pagi, Haqiem Rusli Umum Bakal Nikah Hujung Tahun Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sahaja yang tak kenal dengan Haqiem Rusli kan? Kehadirannya dalam industri muzik nyata telah memberi makna besar buat para peminatnya melalui lagu-lagu yang dipersembahkan.

Namun baru-baru ini, penyanyi berusia 23 tahun itu secara tiba-tiba telah membuat pengumuman perkahwinan pada akhir tahun ini.

Dikatakan khabar gembira tersebut telah dikongsi pada sebuah sesi live di Instagramnya jam 2 pagi semalam.

Menurut Haqiem, dia tiada niat untuk menyembunyikan hal itu kepada para peminat selain daripada perasaan tidak bersedia untuk membuat sebarang pengumuman secara terbuka lagi.

“Saya minta anda semua doakan yang baik-baik sahaja sebab bagi saya no issue pun dan ini adalah perkara yang baik. Oleh itu, saya harus bagitahu.”

Foto: IG Haqiem Rusli

Tambahnya lagi, dia sudah bersedia sekiranya hal ini tersebar kerana dia ingin mengelakkan sebarang kejutan daripada orang ramai ketika dia hadir ke kursus kahwin nanti.

Penyanyi lagu Mimpi itu bagaimanapun masih menyembunyikan identiti pasangannya dan difahamkan telah menjalin hubungan sejak dua tahun yang lalu.

Foto Kredit: IG Haqiem Rusli

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.