fbpx
Now Reading
“Saya Tiada Niat..” – Didakwa Persenda Budaya Sarawak, Zynakal Mohon Maaf

“Saya Tiada Niat..” – Didakwa Persenda Budaya Sarawak, Zynakal Mohon Maaf

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas teruk dikecam ekoran dari komen yang dimuatnaiknya yang didakwa memerli budaya Sarawak, penyanyi Zynakal akhirnya tampil membuat permohonan maaf kepada orang ramai.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Zynakal yang tampil menerusi satu video turut menjelaskan bahawa dia langsung tidak mempunyai niat untuk mempersendakan budaya dan adat Sarawak sebaliknya dia ketika itu hanya bergurau bersama sahabat baiknya yang juga rakan artis Yonnyboii.

“Saya ingin memohon maaf terutamanya kepada rakyat Sarawak”

“Saya ingin memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya warga-warga Sarawak yang terasa dengan komen saya,” katanya.

“Disini saya ingin menjelaskan tentang komen tersebut, yang saya (sebenarnya) tiada niat untuk persenda budaya orang Sarawak, niat saya hanya mempersendakan Yonnyboii sahaja.

Zynnakal dan sahabat baiknya Yonnyboi

“Saya harap maaf saya diterima oleh anda semua. Saya juga harap benda ini tidak akan berulang lagi, kamek sayang kitak,” katanya menerusi video tersebut.

Menerusi ruangan kapsyen pula, Zynakal turut dilihat memuatkan permohonan maaf sama yang berbunyi : “Tiada niat langsung untuk mempersendakan pakaian atau adat warga sarawak, maaf jika komen saya menyakiti hati kalian dan maafkan saya”

Dijengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan rakyat Malaysia antaranya penduduk Sarawak dilihat memberikan reaksi positif dengan permohonan maafnya. Terdapat juga segelintir yang turut menasihatkan penyanyi dan komposer tersebut untuk lebih berjaga-jaga selepas ini.

Terdahulu komen yang ditulis Zynnakal di ruangan komen Yonnyboi telah mengundang kemarahan rakyat Malaysia khususnya orang Sarawak kerana ramai menyifatkan penyanyi tersebut bersikap rasis dan tidak sensitif dengan budaya sesama rakyat Malaysia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.