fbpx
Now Reading
Tuduh Rita & Lufya Anti Vaksin, Fara Hanim Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Tuduh Rita & Lufya Anti Vaksin, Fara Hanim Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial apabila seorang pengacara Fara Hanim Razak mendakwa dua orang jirannya dalam kalangan artis merupakan anti vaksin kerana sering menyebarkan dakyah rebus bunga cengkih untuk elak virus Covid-19.

Dedah jiran anti vaksin

Malah, personaliti televisyen tersebut turut memuatnaik satu tweet dengan mendedahkan nama kedua-dua pelakon tersebut bermula dengan huruf RR dan LL.

Walaupun tidak menyebut siapakah nama jirannya itu, ia dipercayai dituju kepada Rita Rudaini dan Lufya Omar.

Rita Rudaini berang

Isu tersebut kemudian sampai ke pengetahuan Rita Rudaini yang berang dengan tuduhan Fara Hanim yang disifatkan tidak berasas dan semberono. Dia kemudian berkongsi tweet yang dimuat naik Fara Hanim dan mengingatkannya untuk datang bersemuka secara depan-depan sekiranya ada benda yang dibincang apatah lagi mereka hidup berjiran.

Foto: Tangkap layar IG

Terbaru, menerusi hantaran di laman Instagram, pengacara Fara Hanim Razak akui akan kekhilafannya dengan menuduh Rita dan Lufya sebagai golongan anti vaksin.

Fara Hanim mengaku salah

Menerusi posting berkenaan, Fara mengakui bahawa dirinya telah melakukan kesilapan dan tampil memohon maaf kepada Rita dan Lufya yang juga merupakan jiran-jirannya.

Bahkan, dia turut memuatnaik tangkap layar permohonan maaf yang dibuat melalui direct message dan mengakui bahawa telah menerima teguran orang ramai berkenaan tuduhannya termasuk dari suaminya berikutan isu tersebut.

Foto: Tangkap layar IG

Hasil tinjauan mendapati kedua-dua perkongsian tersebut telah ditutup ruangan komen. Semoga mereka bertiga dapat berbaik semula.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.