fbpx
Now Reading
“Suara Kelaut!” – Budak Tiktok Jadi Penyanyi Dikecam, Tapi Video Lebih Sejuta Tontonan

“Suara Kelaut!” – Budak Tiktok Jadi Penyanyi Dikecam, Tapi Video Lebih Sejuta Tontonan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebelakangan ini, TikTok famous menceburi industri muzik telah menjadi sebuah trend. Salah seorang yang mendapat perhatian ramai adalah Bella Poarch. Muzik videonya mencapai jumlah tontonan lebih 137 juta kali dan telah menambat hati para pendengarnya.

Netizen kecam vokal ‘kelaut’

Namun perkara ini sangat berbeza dengan seorang pengguna TikTok star tempatan, Suekhaizar yang dikecam hebat oleh orang ramai disebabkan oleh vokalnya yang dikatakan ‘kelaut’.

Tetapi lirik video artis baru naungan Zym Music ini iaitu ‘Aku Budak Girl’ telah mencapai tontonan melebihi 1 juta kali hanya selepas 4 hari dikeluarkan.

Namun begitu, antara yang menjadi tumpuan adalah jumlah dislikes video tersebut yang jauh lebih tinggi berbanding sukaan.

“Sedap. Nak duet bagitahu.” – Netizen

Menjengah ke ruangan komen, terdapat netizen yang mengajak untuk berduet selain daripada komen memberi fokus pada vokalnya.

Lebih bersemangat bangun pagi dan terus menyerlah

Ada juga yang berseloroh kehidupan seharian menjadi lebih bersemangat selepas mendengar lagu ini.

Kredit Foto: IG Suekhaizar

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.