fbpx
Now Reading
Namewee Terima Kecaman Hebat, Didakwa Tak Hormat Blackpink Dan Seksualkan Wanita

Namewee Terima Kecaman Hebat, Didakwa Tak Hormat Blackpink Dan Seksualkan Wanita

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rapper tempatan, Namewee sering terpalit dengan kontroversi melibatkan lagu ciptaan atau muzik videonya yang didakwa tidak menjaga sensitiviti masyarakat.

Kali ini, pelancaran lagu terbarunya ‘You Know Who Is My Father?’ sekali lagi menjadi perbualan netizen disebabkan oleh liriknya yang merujuk kepada kumpulan K-pop terkenal, Blackpink dan juga menseksualkan wanita.

Perkara itu sudah semestinya membangkitkan kemarahan orang ramai kerana dianggap tidak menghormati kaum wanita dan juga keterlaluan.

Namewee ucap terima kasih kerana sumbang ‘views’

Namun begitu, Namewee siap mengucapkan terima kasih buat peminat Blackpink kerana telah menyumbang jumlah tontonan pada videonya.

“Hai peminat Blackpink. Terima kasih kerana menyumbang jumlah tontonan. Sila teruskan!”

Tolong hormati wanita

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang memintanya untuk lebih menghormati kaum wanita dan tidak sewenang-wenangnya mengambil mudah dengan sensitiviti mana-mana individu.

Tiada adab

Sekadar cerita realiti masyarakat

Ada juga yang berpendapat Namewee tidak berniat untuk menjatuhkan maruah Blackpink, malah mesej yang cuba disampaikan menceritakan realiti kelakuan sesetengah masyarakat yang berharta kepada orang lain.

Kredit Foto: Malay Mail, Buro

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.