Now Reading
Selepas Disney+ Hotstar, Kini HBO Max Pula Bakal Dilancarkan Di Malaysia

Selepas Disney+ Hotstar, Kini HBO Max Pula Bakal Dilancarkan Di Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak sampai seminggu Disney+ Hotstar dilancarkan di Malaysia, kini satu lagi aplikasi penstriman terkemuka, HBO Max pula bakal dilancarkan di Malaysia.

Menerusi satu laporan oleh Hollywood Reporter, WarnerMedia yang baru sahaja melantik orang kuat Disney, Amit Malhotra sebagai Pengarah Urusan mereka di India dan Asia Tenggara sudahpun mengesahkan akan menawarkan perkhidmatan mereka di Asia selatan itu dan di 8 negara di Asia Tenggara iaitu Malaysia, Filipina, Hong Kong, Indonesia, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Foto: TBIVision

Meskipun tiada sebarang tarikh rasmi diumumkan khususnya untuk pelancaran di negara kita, mereka menjangkakan perkhidmatan streaming tersebut tersebut akan mula dilancarkan di 61 pasaran selewat-lewatnya penghujung tahun 2021.

Perancangan ini disifatkan tidak mustahil memandangkan Amit sebelum ini telah mengepalai pasukan Disney dan merupakan individu yang bertanggungjawab dalam melancarkan Disney+ dan Disney+ Hotstar di rantau Asia Tenggara.

Malah difahamkan sebaik HBO Max dilancarkan di negara-negara tersebut, ia secara automatik akan menggantikan satu lagi perkhidmatan mereka iaitu HBO GO.

Sebagai rekod HBO GO mula dilancarkan pada Mei 2019 dan boleh diakses secara percuma menerusi Astro GO khas untuk pelanggan Astro Movie Pack. Namun ia mula dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang bukan pengguna Astro pada Mei tahun lalu dengan harga RM34.90 menerusi aplikasi atau laman web HBO GO sendiri.

Namun kehadiran HBO Max pasti lebih dinantikan memandangkan ia bukan hanya menawarkan kandungan dari HBO sebaliknya semua kandungan yang dimiliki Warner Media seperti DC Entertainment, Warner Brox, Cinemax, New Line,The CW, CNN, TNT, TBS, TruTV, Turner Classic Movies, Crunchyroll, Adult Swim, Cartoon Network, Rooster Teeth, Looney Tunes dan banyak lagi.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.