fbpx
Now Reading
Isu Rancangan Hiburan Dengan 50 Juri, MKN Arahkan KKMM Jalankan Siasatan

Isu Rancangan Hiburan Dengan 50 Juri, MKN Arahkan KKMM Jalankan Siasatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Petang tadi kami ada melaporkan mengenai sebuah program realiti TV yang dikecam hebat pengguna media sosial selepas majoriti peserta yang terlibat didalam rancangan berkenaan dikatakan tidak mengenakan pelitup muka semasa bersiaran.

Program tersebut turut dikecam hebat kerana turut melibatkan 50 orang juri yang disifatkan orang ramai sebagai tidak rasional sehingga ada yang membandingkannya dengan had kapasiti masjid yang lebih kecil.

Meskipun ada yang tampil memperjelaskan bahawa rancangan berkenaan sudah lama dirakam iaitu sewaktu PKPP dan sebelum tibanya bulan ramadan, rata-rata netizen masih tidak berpuas hati memandangkan mereka mendakwa terdapat perlanggaran SOP iaitu kegagalan memakai pelitup muka semasa berada di tempat berkenaan.

Foto : Gempak

MKN arahkan siasatan dijalankan

Ekoran dari dakwaan tersebut, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebentar tadi telah mengarahkan agar satu siasatan diadakan terhadap penganjur rancangan hiburan berkenaan.

Menurut Ketua Pengarah MKN, Datuk Mohd Rabin Basir,siasatan tersebut akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

“Kita sudah maklumkan perkara ini kepada KKKM dan kementerian berkenaan sedang meneliti keseluruhan aspek rakaman program.

“KKMM akan mengambil tindakan sewajarnya, jika mereka mengenal pasti berlaku pelanggaran apa-apa SOP sepanjang rakaman program terbabit,” katanya memetik laporan BH.

Boleh dikenakan tindakan jika terdapat bukti perlanggaran SOP

Tambah Mohd Rabin lagi, meskipun rakaman program terbabit sudah selesai dan dilakukan semasa PKPP, tindakan penguatkuasaan masih tetap boleh dilakukan jika terbukti terdapat sebarang perlanggaran SOP.

“Rakaman rancangan ini dipercayai dibuat ketika arahan PKPP dikuatkuasakan sebelum ini, tetapi tetap ada syarat perlu dipatuhi seperti pemakaian pelitup muka dan sebagainya.

“Kalau ada pelanggaran dia boleh diambil tindakan. Walaupun benda itu (rakaman program berkenaan) sudah berlaku, ia timbul di media atau sebagainya, polis tetap akan siasat,” katanya lagi.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.