fbpx
Now Reading
Tinggalkan Komen Senyum Pada Gambar Gadis Ini, Ibu Haqiem Rusli Bagi ‘Hint’ Bakal Menantu?

Tinggalkan Komen Senyum Pada Gambar Gadis Ini, Ibu Haqiem Rusli Bagi ‘Hint’ Bakal Menantu?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini kita telah dikejutkan dengan pengumuman pernikahan secara tiba-tiba Haqiem Rusli melalui live di Instagram.

Dia telah mendedahkan mengenai perancangan tersebut yang bakal dijalankan pada hujung tahun ini selepas mendapat persetujuan kedua-dua pihak.

Tak bersedia dedahkan identiti pasangan

Walaubagaimanapun, dia masih tidak bersedia untuk mendedahkan identiti bakal suri hatinya itu lagi berkemungkinan untuk menjaga privasi, seperti dipetik dari Kosmo.

Foto: Instagram Haqiem Rusli
Foto: Instagram Haqiem Rusli

“Sepanjang dua tahun perkenalan, dia sentiasa di sisi saya, dalam susah dan senang.

“Lebih utama dia menerima baik dan buruk saya. Keikhlasannya tanpa syarat.

“Biarlah begini. Bukan saya sengaja sorok dia. Dia sendiri yang lebih selesa begini sebab belum sampai masa lagi untuk diperkenalkan.

“Cukuplah keluarga saya mengenalinya dan kedua-dua belah pihak mengetahui perhubungan kami.”

Ibu Haqiem tinggalkan komen senyum

Namun kecoh baru-baru ini apabila netizen seakan-akan dapat mengagak gerangan wanita pilihan hati Haqiem. Ia adalah berikutan sebuah komen yang telah ditinggalkan oleh ibu penyanyi berusia 23 tahun itu, Nazrah Nordin di akaun Instagram milik @sofeaaaaz.

Foto: Instagram @sofeaaaaz

Rata-rata netizen telah meninggalkan komen memuji kecantikan yang dimiliki gadis itu. Walaupun ianya hanya rumor semata-mata, namun ada juga yang tetap mendoakan perkahwinan pasangan sejoli ini dipermudahkan.

Untung bakal suaminya

Bagai pinang dibelah dua

Macam artis Korea

“Harap dapat cekalkan hati ya..” – Netizen

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.