fbpx
Now Reading
Janna Nick Terima DM Dari Individu Tak Dikenali, Dakwa Dirinya Jodoh Suruhan Tuhan

Janna Nick Terima DM Dari Individu Tak Dikenali, Dakwa Dirinya Jodoh Suruhan Tuhan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Janna Nick telah mendedahkan sebuah direct message (DM) yang diterima di akaun Instagramnya. Difahamkan seorang individu tidak dikenali telah menimbulkan ancaman buat dirinya selepas mengirim mesej melibatkan Tuhan.

Perkongsian tersebut telah dimuatnaik oleh pelakon popular itu di IG Story dimana dia didakwa sebagai jodoh lelaki itu dan merupakan suruhan Tuhan.

Video: IG Janna Nick

Namun begitu, dia menganggap individu tersebut mungkin mempunyai masalah kesihatan dan tidak bersetuju dikenakan tindakan kekerasan.

“Saya tahu isu ini sensitif, tapi saya tak setuju pukul dia adalah cara yang betul untuk mengajar.

Foto: IG Janna Nick

“Dengan cara dia DM saya dan posting dia, saya rasa dia ada masalah kesihatan.

“Percayalah tak semua orang mempunyai mental yang sihat, secara fizikal mungkin nampak okay. Sebab tu rakyat Malaysia kena lebih aware dengan #mentalillness.”

Foto: IG Janna Nick

Menerusi tangkap layar yang dikongsi, individu tersebut telah berkali-kali menghantar kiriman berkenaan jodoh suruhan Tuhan kepadanya. Dia turut pernah meluahkan rasa rindu dan meninggalkan respon pada IG Story Janna. 

Walaubagaimanapun, kesemua mesej yang dikirim tidak pernah dibalas.

Kredit Gambar: IG Janna Nick

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.