fbpx
Now Reading
Aina Abdul Buat Netizen Teruja, Muncul Dalam Program Muzik Korea Selatan

Aina Abdul Buat Netizen Teruja, Muncul Dalam Program Muzik Korea Selatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi tempatan terkenal, Aina Abdul telah mengejutkan orang ramai terutamanya peminat K-pop dengan kemunculannya pada sebuah program muzik antarabangsa, Simply K-Pop CON-TOUR, siaran Arirang dari Korea Selatan, semalam.

Episod program itu telah menampilkan Jacob dan Kevin dari kumpulan The Boyz sebagai emcee. Ia telah ditayangkan pada jam 6 petang semalam dan boleh diulang tonton di laman YouTube, Naver dan Facebook Arirang TV.

Sebelum ini, program tersebut telah menampilkan selebriti dari negara lain dan pada kali ini, giliran Malaysia telah tiba dan diwakili oleh Aina Abdul, Elizabeth Tan, Andrew dan Dior.

Promosikan lagu ‘Sepi’

Menerusi sebuah kenyataan, dia telah disediakan dengan beberapa soalan sebelum temubual itu dijalankan di samping mengambil peluang keemasan ini untuk mempromosikan lagu terbarunya, seperti dipetik BH Online.

“Saya diberikan beberapa soalan sebagai persediaan dalam temubual. Ia memudahkan kelancaran dalam temubual, selain bersedia dengan jawapan yang bernas.

“Sepanjang tempoh dua jam konsert, diselitkan juga slot temubual bersama saya. Bagaimanapun, slot ini diberikan tidak lama, tetapi saya akan memanfaatkan sebaik mungkin untuk mempromosikan diri dan lagu Sepi.

“Ia hanya temubual, bagaimanapun saya akan secara spontan dalam tempoh diberikan untuk menyanyikan lagu Sepi yang dirakamkan dalam bahasa Korea.”

Peminat lagu K-pop

Menerusi slot temubual di episod Simply K-Pop CON-TOUR semalam, penyanyi berusia 28 tahun itu mengakui dia merupakan peminat setia Big Bang dan lagu nyanyian kumpulan ‘legendary’ itu wajib ada dalam playlist.

“Untuk penyanyi solo, saya sangat menyukai Heize. Lirik lagunya terutama mengenai kehidupan peribadi telah memberi inspirasi untuk menulis lebih banyak lagu berkaitan kehidupan saya juga.”

Tambahnya yang turut menyanyikan sedikit bait lagu I Will Go To You Like The First Snow nyanyian Ailee, dia telah beberapa kali berkunjung ke Korea Selatan dan paling meminati budaya dan pasar membeli-belahnya.

Tidak ketinggalan, dia tidak melepaskan peluang mempromosikan lagu ‘Sepi’ yang sebelum ini pernah dinyanyikan dalam bahasa Korea khas buat para peminatnya dari negara itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.