fbpx
Now Reading
Nabila Huda Sekolahkan Individu Suka ‘Body Shaming’, Minta Henti Bandingkan Fizikal

Nabila Huda Sekolahkan Individu Suka ‘Body Shaming’, Minta Henti Bandingkan Fizikal

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap manusia dilahirkan berbeza-beza terutamanya pada fizikalnya. Itulah kelebihan seseorang individu dan bukan suatu masalah yang perlu menjadi buah mulut.

Namun ada juga gemar menjadikan ia sebagai bahan jenaka terutamanya kepada orang yang berisi sehingga membuat mereka sebagai ‘bahan’ untuk body shaming.

Luah rasa berang individu suka body shaming

Seperti sebuah perkongsian aktres Nabila Huda di akaun Instagramnya, dia telah meluahkan rasa berang disebabkan oleh individu tiada common sense bercakap mengenai saiz badannya.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Nabila telah memberi amaran keras buat orang ramai untuk berhenti membandingkan saiz badan sebelum dia bertindak melakukan perkara yang boleh menyakiti hati.

Perbuatan yang tak sepatutnya wujud

Tambah anak sulung lagenda rock terkenal Amy Search ini, perbuatan seperti itu tidak sepatutnya wujud kerana setiap individu dilahirkan sempurna dengan cara tersendiri.

Foto: IG Nabila Huda

“Saya bagi amaran keras kepada sesiapa yang suka compare pasal saiz badan ni, you better stop.

“I cakap on behalf semua wanita dan lelaki yang lalui benda ni. Tak kira la macam mana rupa kita, rambut kita, kulit kita, bentuk badan kita, everyone is beautiful in their own way!

“Berhenti membanding-banding, berhenti menilai dengan buruk. Ianya tak baik.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan ketegasan Nabila bersuara mengenai masalah body shaming. Ada juga yang memberi kata-kata semangat dan menasihati untuk mempedulikan komen-komen negatif.

“Menilai secara buruk adalah masalah mental” – Netizen

Pernah alami situasi yang sama

“Love yourself, be yourself.” – Netizen

Pedulikan mulut negatif

Biasanya terjadi kerana perasaan cemburu

Foto Kredit: IG Nabila Huda

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.