fbpx
Now Reading
Sahkan Kerjasama, Pelanggan Astro Bakal Nikmati Netflix Tidak Lama Lagi

Sahkan Kerjasama, Pelanggan Astro Bakal Nikmati Netflix Tidak Lama Lagi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak sampai sebulan menawarkan servis Disney Hotstar+ untuk penggunaanya, Astro mencuri tumpuan ramai apabila mengumuman kerjasama dengan satu lagi syarikat perkhidmatan penstriman antarabangsa, Netflix.

Menerusi satu kenyataan bersama yang dikeluarkan kedua-dua pihak, perjanjian strategik itu bakal membawa perkhidmatan penstriman terkenal itu ke platform Astro.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Astro, Henry Tan kolaborasi diantara kedua mereka ini akan menawarkan perkhidmatan penstriman terbaik, di samping pelbagai kandungan hebat seperti naskhah ‘originals’, program ‘signatures’, tayangan acara sukan secara langsung dan filem blockbuster tempatan untuk dinikmati.

“(Kerjasama ini) menawarkan perkhidmatan penstriman terbaik, di samping pelbagai kandungan hebat seperti naskhah ‘originals’, program ‘signatures’, tayangan acara sukan secara langsung dan filem blockbuster tempatan untuk dinikmati” kata Henry Tan.

Perkara sama turut dimaklumkan Naib Presiden Pembangunan Perniagaan APAC Netflix, Tony Zameczkowski dimana mereka akan menawarkan kandungan-kandungan menarik dari pelbagai negara baik Filem Army of the Dead, mahupun Program Bersiri seperti La Casa de Papel dari Sepanyol, Lupin dari Perancis, dan K-drama seperti Vincenzo.

Boleh diakes menerusi Ultrabox dan Ultibox

Namun kami difahamkan sebiik eperkhidmatan tersebut sebaik dilancarkan, ia hanya boleh di akses menerusi Ultrabox(4K) diikuti pengguna Ultibox(HD), beberapa bulan kemudiannya.

Hasil kerjasama itu juga, pelanggan Astro dan Netflix di Malaysia kini boleh menguruskan akses pembayaran yuran langganan Astro dan Netflix mereka dengan lebih mudah dalam satu bil yang sama, dengan nilai tambah yang lebih baik.

Sebagai rekod, Astro Februari lalu baru memperkenalkan Ultibox, set-top box untuk pengguna versi HD selepas beberapa bulan melancarkan 4K UHD Ultra Box Astro .

Penawaran dua set-top box ini adalah untuk memberikan pengalaman perkhidmatan kotak berhubung yang lancar kepada semua segmen pelanggan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.