
Turut Tabur Bakti, Ini Antara Selebriti Tempatan Yang Sumbang Tenaga Jadi Sukarelawan PPV
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada membuka peluang kepada orang ramai yang sudi untuk menjadi sukarelawan bagi membantu mengendalikan urusan vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin di seluruh negara.
Tawaran tersebut dibuka bagi menangani masalah kekurangan kakitangan kesihatan dan bukan kesihatan di PPV dalam merancakkan kempen vaksinasi di seluruh negara.
Atas kesedaran untuk membantu petugas barisan hadapan selain membantu negara menangani penularan virus Covid-19, ramai selebriti tempatan kemudiannya tampil menawarkan diri untuk turut serta dalam aktiviti sukarelawan ini.
Sebagai menghargai usaha mereka, di bawah kami kongsikan senarai beberapa selebriti tempatan yang turun padang menjadi sukarelawan PPV.
Fizo Omar
Nazim Othman
Amelia Henderson
Puteri Aishah

Aniq Suhair
Anna Jobling
Isma Yusof
Adam Shahz

Mimi Lana
Daiyan Trisha
Raysha Rizrose
Meskipun ada yang lebih selesa untuk tidak berkongsikannya di media sosial , kami yakin semangat mereka untuk turun padang pasti akan membuka mata lebih ramai orang untuk turut serta dalam menjayakan program imunisasi kebangsaan ini.
Buat anda diluar sana yang sudah turut serta sebagai sukarelawan PPV kami ucapkan ribuan terima kasih dan amat menghargai usaha-usaha anda!