fbpx
Now Reading
“Bukan Sebab Nak Pergi Melancong” – Ifa Raziah Perjelas Hanya Pilih Pfizer Sebab Faktor Kesihatan

“Bukan Sebab Nak Pergi Melancong” – Ifa Raziah Perjelas Hanya Pilih Pfizer Sebab Faktor Kesihatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, media sosial hangat memperkatakan mengenai seorang selebriti yang didakwa sengaja membatalkan temujanjinya untuk vaksin di saat akhir kerana tidak mahu menerima vaksin selain dari jenis Comirnaty dari Pfizer.

Menerusi laman Twitter, ada juga pengguna yang mendakwa selebriti berkenaan membuat keputusan untuk menolak vaksin berkenaan dan sanggup menunggu menerima suntikan Pfizer hanya kerana mahu ke luar negara.

Tertanya-tanya dengan siapakah gerangan selebrti yang dimaksudkan netizen akhirnya menyebut satu nama, iaitu Ifa Raziah.

Hanya salah faham

Enggan isu tersebut disalah erti, penyanyi dan pengacara Ifa Raziah kemudianya tampil menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Menerusi TikTok, Ifa menjelaskan dia terpaksa membatalkan rancangan asal untuk mengambil vaksin disebabkan kekeliruan dan salah faham yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

“Miss Diva terpaksa batalkan vaksin hari ini (semalam) kerana tidak dapat suntikan Pfizer di MITEC. Bukannya mengada-ngada tak mahu ambil vaksin,” tulisnya

Menerusi satu hantara berbeza di instagramnya pula, Ifa menjelaskan perkara berkenaan dengan lebih terperinci iaitu dia terpaksa menolak vaksin tersebut disebabkan penyakit yang sedang dihidapinya.

“Itu hak kita nak ambil atau tak walaupun sudah disediakan oleh kerajaan Malaysia dalam aplikasi MySejahtera.

“Cuma, setahu saya kalau di MITEC, mereka akan dibekalkan dengan vaksin jenis Pfizer. Tapi bila saya sampai, lain pula jadinya. Nak Pfizer tapi diberi Sinovac,” kata Ifa tanpa berkongsi apakah jenis penyakit yang dihidapinya.

Kedua-dua perkongsian berkenan bagaimanapun mendapat reaksi yang berbeza dari peminat dan Ifa difahamkan akhirnya memilih memadam perkongsian tersebut.

Netizen kongsi perbualan DM

Jawapan sama turut diberikan Ifa kepada seorang pengguna Twitter, Kamarul Sulaiman yang sempat bertanya kepadanya tentang isu berkenaan.

Dia dalam masa sama turut berkongsi tangkap layar perbualan DM-nya bersama penyanyi tersebut.

“Tak kisah pun dengan kecaman diorang. Janji saya buat ikut jalan yang betul dan ada sebab tertentu. Bukan sebab saya ni selebriti ke bukan sebab nak pergi melancong. Ini semua berkaitan dengan kesihatan saya.

“Sebabtu doktor terus buatkan surat untuk saya dapatkan vaksin Pfizer di Hospital” jawab Ifa menerusi tangkap layar perbualan itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.