fbpx
Now Reading
Selepas Gitaris, Kini Pemain Keyboard Kumpulan Dadali Band Pula Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Selepas Gitaris, Kini Pemain Keyboard Kumpulan Dadali Band Pula Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak sampai seminggu industri hiburan di Indonesia dikejutkan dengan pemergian Yuda, gitaris kumpulan Dadali Band, kini seorang lagi ahli kumpulan mereka turut disahkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Khabar duka mengenai pemergian pemain keyboard, Rix tersebut disahkan wakil pihak pengurusan Ascada Musik, Sakti pada pagi selasa.


“Iya… berita meninggal itu benar. Dia pergi pada pukul 4.50 pagi kerana jangkitan Covid-19

“Rix sempat menjalani kuarantin kendiri di rumah itu, ” katanya dipetik dari portal DetikHot.

Menurutnya, Rix yang sebenarnya semakin pulih bagaimanapun mula merosot kesihatannya selepas mendapat perkhabaran duka mengenai kematian Yuda.

“Selepas Yuda meninggal, kesihatannya mula merosot, ” katanya lagi.

Turut dikongsikan Dyrga di laman instagram

Perkara tersebut turut dikongsikan Dyrga, vokalis kumpulan berkenaan di laman instagramnya.

“Selamat jalan sahabatku @Rixxdadali, tenang bersama @yudadadali, tunggu kami ya, nanti kami menyusul kelak” tulisnya ringkas.

Menerusi satu lagi posting, Dyrga yang turut disahkan positif ada memuat naik screenshot perbulaan whatsappnya bersama Rix dimana pemain keyboard tersebut memaklumkan deria baunya sudah pulih sebagai tanda yang dia sudah semakin sihat.

Namun bagai sudah tertulis dia kembali ke sang Pencipta beberapa hari kemudiannya.

Sebagai rekod Dadali Band dianggotai oleh Dyrga, Rix, Yuda dan tiga lagi rakan mereka Riclarjd, Fadel dan Oq.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.