fbpx
Now Reading
“Kami Reda Atas Pemergian Ibu Tercinta” – Mak Ozlynn Wati Meninggal Dunia

“Kami Reda Atas Pemergian Ibu Tercinta” – Mak Ozlynn Wati Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Takziah kami ucapkan kepada pasangan selebriti Johan Raja Lawak dan Ozlynn Wati di atas pemergian ibu Ozlynn, Rozidah binti Jumari yang telah kembali ke Rahmatullah semalam.

Berita duka tersebut dikongsikan pasangan berkenaan menerusi satu perkongsian di instagram mereka.

Ozlynn menerusi perkongsian sama dengan rendah hati turut memohon sesiapa yang mengenali arwah ibunya agar memaafkan jika terdapat salah silapnya. Dia dalam masa turut meminta mana mana pihak jika ibunya ada terhutang dengan sesiapa untuk mengubungi keluarganya.

“Kepada yang mengenali ibunda kami, Rozidah Jumari, beliau telah pun kembali ke Rahmatullah dan semoga meninggalnya husnul khatimah. Jika ada sesiapa yang pernah terasa hati dengan Allahyarham, harap diampunkan dosa-dosa ibunda kami.

“Jika ada berhutang dengan ibunda, kami percaya telah dihalalkan kerana itu sifat arwah ibu. Tetapi, jika ibunda kami ada terhutang pada kalian, sila hubungi kami,” katanya menerusi Instagram.

“Gambar bahagia itu di ambil pada awal ramadhan tahun ni sblm pkp dan pasti bkn gambar terakhir ibunda berjemaah dgn kami.

“Ya Allah, kami redha atas pemergian ibunda tercinta dan tempatkanlah beliau di sisi hambamu yg beriman. Terima kasih pada semua yang tak henti-henti hubungi dan doakan. SubhanAllah Alhamdulillah AllahuAkbar.. hanya Allah yg mampu membalas jasa kalian. ” tulisnya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.