Selepas Yuna, Kini Wajah Layla Sania Pula Hiasi Times Square New York
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Peminat dunia hiburan pasti tahu Yuna merupakan satu-satunya selebriti dari negara kita yang wajahnya pernah menghiasi beberapa lokasi di New York, Amerika Syarikat.
Kini penyanyi baharu, Layla Sania menjadi selebriti Malaysia kedua selepas Yuna apabila wajahnya turut dipaparkan menerusi papan iklan digital gergasi di New York Times Square, Amerika Syarikat dua hari lalu.
Mengakui terpana melihat imej sendiri terpamer di mercu kota metropolitan tersebut, Layla bagaimanapun meluahkan rasa terharu kerana terpilih untuk menjadi aspirasi buat pemuzik wanita bagi kempen Equal yang dianjurkan platform penstriman muzik berkenaan.
“Saya benar-benar bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada Equal oleh Spotify. Ini sangat bermakna bagi saya sebagai penyanyi.
“Saya amat terharu dan saya harap ini boleh dijadikan inspirasi kepada pemuzik wanita di luar sana.
“Kita mempunyai kekuatan untuk mengubah dunia, tidak kira siapa diri kita dan tidak kira di mana sahaja kita berada,” katanya
Equal merupakan satu program global yang dibawakan dalam memupuk ekuiti atau mengetengahkan penglibatan artis wanita di seluruh dunia.
Layla pula merupakan wakil Equal Malaysia dan Singapura dan terbabit dalam projek ini di samping 34 artis mewakili 50 negara yang lain.
Layla pada januari lalu telah melancarkan single pertamanya dalam Bahasa Mandarin berjudul By Your Side.
Dia sebelum ini pernah mengeluarkan single berbahasa Melayu berjudul Que Sera Sera dan Lakaran
Penyanyi muda ini juga sebelum ini pernah tampil sebagai peserta dalam ICSYV3 sekitar februari tahun lalu