fbpx
Now Reading
Shuib, Siti Sarah Serta Anak-Anak Disahkan Positif Covid-19

Shuib, Siti Sarah Serta Anak-Anak Disahkan Positif Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu menerusi satu perkongsian di Instagramnya sebentar tadi memaklumkan berita duka dimana keluarga mereka telah disahkan positif Covid-19.

Mengakui ujian tersebut agak berat buat keluarganya, Shuib bagaimanapun reda dan yakin pasti ada hikmah dengan apa yang terjadi.

Dia dalam masa sama turut memohon doa orang ramai untuk kesejahteraan keluarganya.

“Assalammualaikum semua,hasil swab test smlm, Kami sekeluarga didapati POSITIF COVID-19.

“InsyaAllah walaupon ujian ini agak berat buat kami sekeluarga,pasti dan pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini. D

“Doakan kami sekeluarga kembali sihat terutamanya Siti Sarah Raisuddin yang kini mengangung 7 bulan” tulis Shuib.

Perkara sama turut dikongsikan Siti Sarah di akaun instargramnya.

Semalam Shuib telah berkongsi video mereka sekeluarga menjalani calitan Covid-19 di rumah oleh petugas kesihatan. Ianya selepas pembantu rumah mereka disahkan positif virus berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.