fbpx
Now Reading
Scarlet Johannsson Saman Disney, Dakwa Rugi US $50 Juta Selepas Black Widow Ditayang Serentak Di Pawagam & Disney+

Scarlet Johannsson Saman Disney, Dakwa Rugi US $50 Juta Selepas Black Widow Ditayang Serentak Di Pawagam & Disney+

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aktres terkenal Scarlett Johansson pada 29 Julai memfailkan saman terhadap syarikat korporasi media dan hiburan terkemuka dunia, Disney selepas mereka menayangkan filem terbarunya, Black Widow di platform penstriman milik mereka serentak dengan tayangan di pawagam.

Menerusi tuntutan saman tersebut yang difailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles ,Scarlett berkata kontrak perjanjian dengan Disney’s Marvel Entertainment adalah memastikan filem arahan Cate Shortland itu diberi hak eksklusif tayangan di pawagam sebelum ditayangkan di platform lain.

Namun Disney melanggarnya dengan menayangkan filem terbarunya itu serentak di platform penstriman mereka, Disney+ menerusi ‘Premier Access’ dan tidak mematuhi perjanjian awal ekslusiviti 90 -120 hari untuk tayangan pawagam.

Keputusan tesebut sekaligus menyebabkan kutipan ‘lemah’ filem adiwira berkenaan di pawagam.

Difahamkan Scarlett hanya akan menerima bayaran hasil dari kutipan di wayang namun tidak akan mendapat apa-apa dari kutipan Premiere Access.

Keadaan itu dakwanya telah menyebabkan pihaknya mengalami kerugian sekitar US$ 50 (RM211 Juta).

“Disney sengaja menyebabkan pelanggaran perjanjian Marvel tanpa justifikasi, untuk mengelakkan (Scarlett) Johansson memperoleh manfaat penuh daripada Marvel,” menurut tuntutan itu.

Disney beri respons

Disney kemudian dalam satu kenyataan berkata, saman yang dikemukakan Scarlett tiada merit dan ‘menyedihkan’ seolah dia tidak menghiraukan keadaan dunia sekarang yang terus terhimpit ekoran dari penularan pandemik Covid-19.

“Tidak ada manfaat apa pun untuk saman ini. Tuntutan mahkamah oleh pihaknya sangat menyedihkan dan menyukarkan keadaaan yang tidak menghiraukan kesan global mengerikan dan berpanjangan disebabkan pandemik Covid-19.

“Pihak kami telah memenuhi kehendak kontrak Johansson dan bukan itu sahaja, tayangan Black Widow di Disney+ melalui ‘akses premier’ telah meningkatkan keupayaannya memperoleh pampasan tambahan melebihi AS$20 juta (RM82 juta) yang diterimanya sehingga kini,” ujar jurucakap berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.