
Nabila Razali Cadang KKM Buka Ruangan Komen Agar Jadi Ruang Orang Ramai Kongsi Idea & Pendapat
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pelakon dan Penyanyi, Nabila Razali semalam telah memberi cadangan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar membuka kembali ruangan komen di platform rasmi media sosial mereka.
Menurut Nabila, ianya bagi memudahkan orang ramai untuk berkongsi pendapat dan idea mereka.
Menerusi satu thread panjang di akaun Twitternya, Nabila yang mengerti kenapa pengendali laman KKM menutup ruangan berkenaan bagaimanapun memohon mereka mengkajinya semula memandangkan sesuatu perlu dilakukan untuk mengekang wabak maut tersebut apatah lagi dengan kes jangkitan yang terus meningkat saban hari.
CADANGAN (THREAD)
— Second Chance 🥀🥀🥀 (@_nabilarazali) August 4, 2021
Assalamualaikum WBT..
1. Bella cadangkan supaya pihak KKM tidak menutup ruangan komen.
2. Bella faham asbab KKM menutup ruang komen. Kerana ingin mengelakkan perbalahan seterusnya mencetuskan suasana panik dikalangan rakyat. https://t.co/8BDwnavbrG
“Bella cadangkan supaya pihak KKM tidak menutup ruangan komen. Bella faham asbab KKM menutup ruang komen. Kerana ingin mengelakkan perbalahan seterusnya mencetuskan suasana panik dikalangan rakyat.
“Tapi kini hampir 2 tahun kita dibelenggu oleh Virus COVID-19 ini. Something need to be done. Korang tak kesian ke dgn FRONTLINER? Tak mustahil satu hari nnt kita pun akan dimasukkan ke hospital kemudian doctor terpaksa membuat pilihan samada nak sembuhkan kita atau org lain. Yes that’s how bad the situation now” ciapnya di Twitter.
Dia dalam masa sama turut mengiatkan orang ramai agar tidak menjadikan ruangan tersebut sebagai ruangan untuk melepas geram dan makian sebaliknya menjadikannya platform menyumbang idea yang bernas.
5. Jika masih ada yg komen negatif, kita jangan kecam dia, sebaliknya kita educate dia sambil bertanya “Apa masalah awk ek?” 🙄
— Second Chance 🥀🥀🥀 (@_nabilarazali) August 4, 2021
Bella nak ajak korang bagi komen yang membina
8. So now Bella nak ajak korang semua start bagi komen2 yg membina ok. Bagi cadangan yg bernas. Kalau kat tempat korang ada kilang & premis yg tak patuh SOP, korang tuliskan jugak kat ruangan komen tu.
— Second Chance 🥀🥀🥀 (@_nabilarazali) August 4, 2021
Namun hasil pengamatan kami, tidak semua posting di Facebook KKM yang di tutup ruangan komennya, sebagai contoh hari ini sahaja terdapat beberapa posting yang membenarkan orang ramai untuk meninggalkan komen.
Jadi adakah anda