fbpx
Now Reading
Shuib Mohon Doa Orang Ramai, Bayi Selamat Dilahirkan Namun Siti Sarah Masih Belum Sedarkan Diri

Shuib Mohon Doa Orang Ramai, Bayi Selamat Dilahirkan Namun Siti Sarah Masih Belum Sedarkan Diri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelakinya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras kira-kira jam 5 petang tadi.

Namun menurut pengurusnya, Nana Mohamad Rom, Sarah masih lagi belum sedarkan diri “dan memohon orang ramai mendoakan agar dipermudahkan segala urusan.

Untuk makluman Siti Sarah Raisuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang tadi. Walau bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar.

Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan dan kembali pulih” kata Nana.

Dalam pada itu, Shuib menerusi satu hantaran di IG memohon orang ramai agar terus mendoakan isterinya yang masih belum sedarkan diri.

Terdahulu sekitar tengahari tadi Shuib memaklumkan isterinya yang sedang bertarung dengan jangkitan Covid-19 akan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.

Sarah sebelum ini terpaksa dikejarkan ke HUKM berikutan tahap oksigen yang semakin menurun, selepas dia dan keluarganya disahkan positif Covid-19.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.