fbpx
Now Reading
Siti Sarah Masuk ICU, Shuib Mohon Doa Orang Ramai

Siti Sarah Masuk ICU, Shuib Mohon Doa Orang Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi Siti Sarah pagi ini telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),difahamkan akibat tahap oksigen tidak stabil

Perkara itu dikongsikan suaminya pelawak dan usahawan, Shuib menerusi satu hantaran di akaun intagramnya.

“Assalammualaikum salam jumaat semua. Pagi tadi isteri saya telah dimasukkan ke ICU di sebabkan oksigen yg tak berapa stabil dan keadaan dia yg tak berapa baik.” tulisnya di instagram.

Shuib dalam masa sama turut memohon keberkatan hari Jumaat untuk peminat dan orang ramai mendoakan kesembuhan buat isterinya

“Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka. 

“Semoga Allah merahmati kita semua, amin,” katanya.

Terdahulu pada Rabu, Siti Sarah  nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin, yang sarat hamil tujuh bulan dikejarkan ke HUKM berikutan tahap oksigen yang semakin menurun, selepas dia dan keluarganya disahkan positif Covid-19.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. 

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.