Now Reading
Cantik & Ayu! Ini Antara Selebriti Yang Kini Tampil Dengan Imej Terbaru Berhijab

Cantik & Ayu! Ini Antara Selebriti Yang Kini Tampil Dengan Imej Terbaru Berhijab

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tahun lalu kita melihat ramai artis selebriti tempatan malaysia mula mengenakan hijab sepenuhnya antaranya aktres Hannah Delishah, Amyra Rosli, Dahlia Shazwan, Ernie Zakri, Kilafairy, Mawar Rashid dan ramai lagi.

Penampilan mereka nyata mengundang pujian masyarakat memandangkan keputusan yang diambil bukanlah satu keputusan yang mudah.

Terbaru beberapa lagi personaliti tempatan turut melakukan hijrah yang sama, yang mengejutkan segelintir dari mereka masih lagi berada di puncak kareer namum nekad berhijrah demi menjadi muslimah yang lebih baiik.

Di bawah kami kongsikan beberapa selebriti tersebut untuk rujukan anda :

#1 Siti Elizad

 Siti Elizad Mohamad Sharifuddin mula memuat naik foto mengenakan shawl di IG Post dengan kapsyen yang mencuri tumpuan iaitu ‘slowly but surely’ beberapa hari lalu mengesahkan ura-ura yang dia sudah berhijab.

Menerusi laporan Harian Metro, Elizad mendedahkan yang dia sudah membulatkan hati untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dalam penampilannya.

“Saya dah lama pasang niat nak bertudung. Saya percaya semua wanita juga mahu berubah ke arah yang lebih baik cuma nak istiqamah ini yang menjadi ketakutan.

#2 Izara Aishah

Meskipun tiada sebarang kenyataan dari Izara Aishah, namun hasil pemerhatian ramai, aktres ini sudahpun memadam kesemua fotonya yang tidak bertudung sebaliknya hanya meninggalkan foto anak dan suaminya serta dirinya yang penuh menutup aurat.

Namun Izara mencuri tumpuan apabila bertanya kepada pengikutnya dimana dia boleh mendapatkan jubah untuk kegunaannya.

“Kongsikan gambar-gambar khimar (tudung labuh) yang boleh saya beli, dan terima kasih di atas doa-doa kalian” ciapnya di Twitter

#3 Nana Mahazan

Pengacara dan penyanyi Nana Mahazan juga turut tampil berhihab sejak beberapa hari lalu. Menurut Nana, dia sudab memasang niat untuk berhijab sejak tahun lalu lagi.

Impiannya akhirnya tercapai baru-baru ini. Dia yang tampil menerusi satu perkognsian di instagramnya untuk mengakui lebih berasa tenang semenjak memakai tudung.

#4 Betty Rahmad

Betty Rahmad mula terdetik untuk berhijrah setelah melihat anaknya sudah lancar mengaji Iqra, sedangkan dirinya yang sudah berusia masih merangkak-rangkak membaca al-Quran.

Dia kemudian mula melatih diri dengan bangun tidur seawal pukul 4.30 pagi untuk mendirikan solat sunat tahajud, solat sunat taubat, berdoa dan mengaji di balkoni rumahnya.

“Hati saya tersentak setiap kali membaca ayat ‘nikmat Tuhan mana yang engkau dustakan?’. Setiap pagi saya ulang membaca surah yang sama” kata Betty

Pemergian rakan artis Siti Sarah Raissuddin turut menjadi asbab buat pelakon itu melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

#5 Elyana

Elyana difahamkan sudah mula berhijab sepenuhnya sejak pertengahan Jun yang lalu. Menyambut baik penghijrahan penyanyi tersebut, beberapa rakan selebriti termasuk Arwah Siti Sarah dan Neelofa kemudiannya telah menghadiahkan beliau tudung sebagai tanda sokongan mereka di atas

#6 Fieya Julia

Menurut Fieya, dia sebenarnya sudah lama memasang niat untuk berhijab, namun baru kini berpeluang untuk merealisasikan impiannya itu.

Sebaik membulatkan tekadnya untuk berhijab,  Fieya terus memadam semua foto dirinya tidak bertudung di media sosial.

“Fieya mula berhijab Jumaat lalu. Fieya memutuskan memadam semua foto Fieya yang tidak bertudung dalam semua media sosial. Gambar tidak bertudung dalam telefon bimbit pun Fieya padam.

“Sebelum ini, Fieya simpan hasrat bertudung. Malah, sesekali Fieya cuba berhijab. Cuma Fieya tidak kongsi dalam media sosial’ katanya dipetik dari BH.

#7 Vicha Saywho

Pelawak yang juga pelakon Vicha Saywho juga mencuri tumpuan apabila nekad tampil dengan imej berhijab. Dia dalam masa sama turut memohon peminat untuk mendoakan penghijrahannya ke arah yang lebih baik.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.