fbpx
Now Reading
Remy Ishak Sahkan Akan Bernikah Pagi Sabtu Ini [Video]

Remy Ishak Sahkan Akan Bernikah Pagi Sabtu Ini [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Desas-desus mengenai status hubungan aktor Remy Ishak bersama bekas tunangnya, Ezza Yusof akhirnya terjawab apabila mereka difahamkan akan melangsungkan pernikahan sabtu ini, 21 Ogos 2021.

Berita gembira tersebut dikongsikan Remy kepada Gempak TV secara ekslusif pada khamis.

“Kedua-dua belah pihak telah bersetuju dan kalau tiada aral melintang, majlis akan berlangsung pada Sabtu ini, insya-Allah” dedah Remy sambil disambut dengan sorakan oleh pengacara gempak TV.

Jelas Remy majlis tersebut akan berlangsung di sebuah lokasi di ibu negara secara tertutup memandangkan kita masih lagi dalam fasa Pelan Pemulihan Negara.

“Pernikahan akan berlangsung di masjid sekitar Kuala Lumpur dengan kehadiran beberapa orang mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

“Kalau boleh saya memang nak buat majlis dalam suasana terbuka, ada kawan-kawan dan sebagainya tapi tak boleh. Insya-Allah, selepas semua dah okey nanti dan dibenarkan buat majlis, insya-Allah kami akan buat,” katanya.

Video

Meskipun tidak mendedahkan siapa bakal isterinya, Harian Metro yang memetik sumber melaporkan Ezza adalah orangnya.

Menurut sumber lagi, sebelum itu Remy dan Ezza akan bersiap di sebuah hotel terkemuka di sini sebelum dibawa di lokasi pernikahan pada pagi Sabtu ini.

Remy dan Ezza sebelum telah mengikat tali pertunangan pada 2017, kisah cinta mereka bagaimanapun putus pada 2019 sebelum kembali bercantum tahun ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.