Tahniah! Remy Ishak & Ezza Yusof Selamat Bernikah
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tahniah kami ucapkan kepada aktor, Remy Ishak dan isterinya Ezza Yusof yang selamat disatukan hanya dengan sekali lafaz.
Masjli pernikahan mereka difahamkan berlangsung di Masjid Negara, Kuala Lumpur mengikut prosedur operasi standard (SOP) iaitu secara tertutup yang hanya dihadiri pasangan pengantin, dan abang pengantin perempuan, Rozman Yusof selaku wali.
Berita gembira tersebut dikongsikan seroang rakan Ezza Yusof, Julieana Anna menerusi laman Instagram miliknya.
Menerusi foto tersebut, jelas Remy dan Ezza tampak segak dan cantik dengan busana pakaian jenama Mode yang direka pereka terkenal, Mirol Jonit .
Memetik laporan mStar, Remy turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan meminta orang ramai terus mendoakan kesejahteraan ikatan perkahwinan mereka.
“Maka bermulalah perjalanan baharu bagi kami sebagai pasangan suami isteri, mohon doakan kebaikan dan kesejahteraan buat kami berdua,” katanya.
Dalam pada itu, Remy sebentar tadi turut berkongsi satu foto dirinya bersama isteri di akaun instagramnya usai majlis pernikahannya selesai.
Terdahulu Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, kisah cinta mereka bagaimanapun putus pada 2019 sebelum kembali bercantum tahun ini.