fbpx
Now Reading
Takziah! Ibu Syamel Meninggal Dunia Selepas Hampir Sebulan Ditidurkan

Takziah! Ibu Syamel Meninggal Dunia Selepas Hampir Sebulan Ditidurkan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas hampir sebulan ditidurkan, Ibu kepada penyanyi terkenal, Syamel iaitu Wan Faaizah Karim telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 10.09 malam tadi

Khabar duka tersebut dikongsikan Syamel menerusi satu perkongsian di instagramnya.

“Allah lebih menyayangi Umi”

Menerusi perkongsian sama, suami kepada Ernie Zakri turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan ibunya agar segala urusan dipermudahkan disana. Dia dalam masa sama turut berterima kasih kepada orang ramai yang tidak henti-henti mendoakan untuk ibunya sebelum ini.

Reda dengan apa yang berlaku

Reda dengan apa yang berlaku, Syamel yang dihubungi Berita Harian turun memaklumkan jenazah arwah ibunya dijangka akan dikebumikan pada tengah hari ini.

“Saya reda dengan pemergian arwah. Beliau menghembuskan nafas terakhir jam 10.09 malam tadi selepas lebih sebulan bertarung nyawa. Doktor sudah cuba melakukan yang terbaik, namun Allah lebih menyayanginya.

“Saya sangat sedih, apatah lagi, tidak dapat bertemu arwah ketika dirawat di hospital.

Dijangka dikebumikan tengahari ini

“Saya sedang menguruskan beberapa perkara berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan hospital dalam situasi pandemik COVID-19.

“Selepas itu, barulah jenazah arwah Umi akan dibawa ke surau berdekatan di kawasan kediaman.

“Insya-Allah, jenazah Umi akan dikebumikan pada tengahari,” katanya kepada BH!

Terdahulu pada Julai lalu, Syamel memaklumkan ibunya terpaksa ditidurkan kerana kekurangan oksigen dalam badan.

Namun Syamel menafikan ibunya dijangkiti COVID-19 dan tidak pernah mengalami masalah kesihatan serius, malah tidak pernah dimasukkan ke hospital sepanjang hidupnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.