fbpx
Now Reading
Bengang Nama Janna Nick Dikaitkan Dengan Perkahwinan Anak, Sheila Rusly Bakal Ambil Tindakan Undang-undang

Bengang Nama Janna Nick Dikaitkan Dengan Perkahwinan Anak, Sheila Rusly Bakal Ambil Tindakan Undang-undang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat dunia hiburan pasti tahu anak sulung Sheila Rusly iaitu, Uzair Haqimy baru sahaja melangsungkan pernikahannya dengan aktres, Elisya Sandha pada sabtu lalu.

Namun tidak sampai beberapa hari melayari bahtera perkahwinan, timbul dakwaan yang kurang menyenangkan di media sosial melibatkan hubungan anak lelakinya itu dengan pengacara dan pelakon Janna Nick.

Mula dikongsikan oleh sebuah portal di Facebook, dakwaan tersebut yang mengatakan Sheila Rusly kononnya pernah mahu menjodohkan anaknya dengan Janna Nick tetapi ditolak Janna sebelum Uzair memilih Elisya, dakwaan tersebut kemudian mula bertebaran sehingga sampai ke pengetahuan penerbit terkenal tersebut.

Berang dengan fitnah tersebut, Sheila kemudian tampi menerusi satu perkongsian di Instagram meminta mereka untuk memberikan bukti. Selain itu di juga memberi amaran tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-maa individu yang bertangggungjawab dengan dakwaan berkenaan.

Menerusi posting sama dia turut memuat naik tangkap layar dakwaan yang dikeluarkan portal hiburan tersebut tersebut,

“Saya kena ambil tindakan undang-undang “

Terbaru, Harian Metro melaporka bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap semua mereka terbabit melemparkan fitnah berkenaan.

Jelasnya dia membuat keputusa sedemikian memandangkan fitnah tersebut membabitkan maruah banyak pihak, baik di belahnya juga di belahnya besan.

“Anak saya baru tiga hari bernikah, tapi sudah ada cerita-cerita fitnah sebegini. Saya kena ambil tindakan undang-undang kerana ia membabitkan maruah keluarga saya, anak, menantu dan keluarga besan saya.

“Mereka (blogger) menggembar-gemburkan seolah-olah menantu saya adalah pilihan kedua,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Jelas isteri kepada penerbit, Jinggo itu lagi , dia juga dimaklumkan bahawa laman berkenaan sudah memadam kapsyen yang asal

“Saya dimaklumkan, dia sudah memadam ‘caption’ itu. Tapi, sehingga kini tidak ada sebarang permohonan maaf atau saya dihubungi oleh mana-mana blogger. Saya juga diberitahu bahawa ramai blogger yang sudah mengambil dan sebarkan berita itu. Jadi, saya akan selidik dan cari, berapa banyak portal blog yang melakukan perkara sama,” katanya.

Harap tindakannya jadi pengajaran

“Saya harap mesej ini sampai kepada semua individu termasuklah blogger-blogger ini. Biar ini menjadi pengajaran dan iktibar buat mereka agar tidak sewenang-wenangnya mencanang mengenai kisah yang tidak benar.

“Jangan ingat sebab saya, anak dan menantu adalah selebriti, mereka boleh menggunakan platform kami untuk melariskan cerita mereka. Saya takkan biarkan mereka memijak kepala saya dan keluarga saya,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.