fbpx
Now Reading
“Saya Masih Banyak Tanggungjawab”- Paras Oksigen Turun Mendadak, Aishah Mohon Doa Agar Tak Ditidurkan

“Saya Masih Banyak Tanggungjawab”- Paras Oksigen Turun Mendadak, Aishah Mohon Doa Agar Tak Ditidurkan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi senior, Aishah, yang dimasukkan ke Hospital Ampang selepas disahkan positif COVID-19, petang tadi telah berkongsi detik cemas dimana paras oksigen dalam badan turun mendadak selepas tiub pernafasan dibuka seketika.

Menerusi Instagram, Aishah atau nama sebenanyar, Wan Aishah Wan Ariffin ,56 menjelaskan keadaannya pada pagi dilihat satabil lalu= tiub pernafasananya dibuka

Namun dia yang baru pulang dari tandas tiba-tiba menyedari yang paras oksigennya sudah menurun.

“Pagi tadi paras oksigen level saya 98, mereka cuba nak buka oksigen tapi bila ke tandas dan balik ke katil oksigen level terus turun mendadak ke 88, terpaksa pakai oksigen semula baru naik semula ke 95,” tulisnya.

Bimbang ditidurkan

Pelantun lagu Pulanglah itu dalam masa sama turut meluahkan rasa bimbangnya jika dia terpaksa ditidurkan seperti pesakit-pesakit lain.

Jelasnya, dia masih lagi mempunyai banyak tanggungjawab terhadap keluarganya dan anak-anak yang belum diselesaikan

“Ya Allah teman-tema.n tolong doakan saya tak sampai kesitu kena intubate. Saya takut, saya masih banyak tanggungjawab pada family yang belum selesai,anak-anak saya banyak lagi hal yang tak selesai.

“Sangat mengharapkan doa kawan-kawan Ampunkan dosa-dosa saya sekiranya pernah terkasar kata dan sebagainya,” tulisnya.

Kami di Buzzkini mendoakan agar kak Aishah diberikan kesembuhan .. Amin..

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.