fbpx
Now Reading
Jadi ‘Bahan’ & Misi Jihad Dipertikai Gara-gara Bikin Muzik Video Di Negara Arab, Ini Respon & Penjelasan Caprice

Jadi ‘Bahan’ & Misi Jihad Dipertikai Gara-gara Bikin Muzik Video Di Negara Arab, Ini Respon & Penjelasan Caprice

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan nama rapper dan usahawan Caprice antara yang paling hangat diperkatakan sejak pemergian beliau ke Timur Tengah untuk misi kemanusian.

Terbaru nama Capice sekali lagi menjadi sensasi gara-gara memuat naik penggambaran muzik video di Jordan bagi single terbarunya, Tiger of Alquds yang masih lagi dalam pembikinan dan dijangka dilancarkan pada 10 Oktober.

Ramai yang kemudiannya mempersoalkan motif dan misi sebenar aktivis tersebut ke negara arab sama ada misi jihadnya adalah untuk membantu rakyat Gaza atau sekadar merakam muzik video sambil disertai beberapa pemuda Arab.

Jadi bahan orang ramai

Malah isu tersebut menyebabkan dia menjadi ‘bahan’ tawa dan sarcasm segelintir netizen yang mengaitkan lagu Tiger Al Quds yang merupakan remix freestyle dari lagu Thabet nyanyian asalMohamed Ramadan sebagai ‘senjatanya’ untuk berdepan orang Israel.

Tampil perjelaskan motif pembikinan MV tersebut

Enggan berdiam diri, Caprice yang baru sahaja tiba ke tanah air dan sedang menjalani kuarantin kemudian tampil di IG Storynya membuka ruang kepada orang ramai untuk bertanya soalan.

Soalan berkaitan misi sebenar dia kesana kemudiannya timbul dan dia memilih untuk menjawab soalan tersebut.

Gunakan muzik dan MV sebagai ‘kunci’

Jelas Caprice tujuan dia menghasilkan lagu dan muzik video di negara Arab adalah untuk memancing hati anak muda disana. Sebaik berjaya memenangi hati mereka dengan muzik misi utamanya iaitu misi jihad boleh dilakukan.

Kaedah tersebut jelasnya adalah sama seperti yang dipratikkannya di Malaysia dan sewaktu mengeluarkan lagu Koyak.

“Sama macam masa saya mulakan kareer di malaysia. Buat lagu, buat muzik video tangkap (jiwa) anak muda kita dan barulah anda mulakan anda punya hujah dan hijad. Sama seperti di timur tengah. Sama !

“Apa cara paling best nak masuk tempat baru dan bagi salam pada orang muda kat sana? Buatlah lagu. Itulah strategi Caprice.

Tidak terkesan dengan cacian orang ramai

Dia dalam masa sama turut mendedahkan tidak terkesan dengan cacian dan makian orang ramai berhubung isu tersebut kerana menurutnya orang ramai pasti akan nampak apa yang sedang diusahakannya di masa hadapan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.