fbpx
Now Reading
Anak Shahrol Shiro Hidap Penyakit Buah Pinggang Kronik, Isteri Mohon Doa Orang Ramai

Anak Shahrol Shiro Hidap Penyakit Buah Pinggang Kronik, Isteri Mohon Doa Orang Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hati siapa yang tidak luluh dan bersedih jika terlihat ada anak kecil yang menghidap apa-apa penyakit kronik.

Lebih menyedihkan memandangkan mereka belum mengerti dan faham apa sebenarnya yang terjadi namun terpaksa menahan rasa sakit.

Itu yang dialami anak pelawak Shahrol Shiro, iaitu Ismail Rifqi yang baru berusia 8 bulan yang disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik.

Menerusi instagram, isteri Shahrol, Nor Farhanah Syamimi berkongsi perkara tersebut kepada orang ramai.

Buah pinggang kanan tiada, buah pinggang kiri membengkak

Menurut Nor Farhanah atau lebih mesra dengan panggilan Anna, anak keduanya itu telah disahkan menghidap penyakit buah pinggang serius.

Ismail bukan sahaja tidak mempunyai buah pinggang sebelah kanan malahan buah pinggang kirinya sekarang sedang membengkak.

“Doc dapati buah pinggang Ismail belah kanan tiada. Manakala buah pinggang Ismail sebelah kiri bengkak. Ismail kene dapatkan rawatan secepat mungkin memandangkan Ismail hanya ada satu buah pinggang dan buah pinggang yang ada pun bengkak”

Mohon doa orang ramai agar anaknya pulih

Anna dalam masa sama turut memohon doa rang ramai untuk sama-sama mendoakan agar anaknya segera pulih dari penyakit tersebut dan mendoakan dia kuat menghadapi ujian tersebut.

Anna mohon atas jasa baik kalian, doakan lah untuk anak Anna. Selitkan nama anak Anna dalam setiap solat dan doa kalian. Semoga ALLAH balas semua jasa baik kalian. Doakan Anna kuat. Luluh hati Anna bila tengok Ismail sakit. Sayu bila pandang muka Ismail. ALLAH. Ya ALLAH

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.