fbpx
Now Reading
“InsyaAllah Benda Ini Selesai Dengan Cara Elok” – Masing2 Mohon Maaf, Sharnaaz dan Caprice Berdamai

“InsyaAllah Benda Ini Selesai Dengan Cara Elok” – Masing2 Mohon Maaf, Sharnaaz dan Caprice Berdamai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam media sosial hangat memperkatakan mengenai IG Live diantara dua aktor terkenal Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahya.

Ianya menjadi topik hangat apabila Sharnaaz dilihat menggunakan filter yang mengubah penampillannya seperti pak arab di sebuah kawasan gurun dan menggunakan slang pelat selain percakapan seperti seorang rapper.

Ramai yang menonton video terebut kemudian mengerti double meaning yang cuba disampaikan Sharnaaz seolah ianya berkait dengan usahawan dan rapper,Caprice yang baru sahaja pulang dari sana.

Susulan itu, Caprice kemudian memuat naik satu posting di Instagramnya membalas sindiran Sharnaaz dengan menggelarkannya ‘sotong’ memandangkan aktor tersebut sebelum ini pernah membintangi drama bersiri ‘Suamiku Encik Sotong’

“Dari jauh je berani sotong see u when i see u Sharnaaz Ahmad” tulis Caprice.

Sharnaaz kemudian memuat naik perkongsian di Insta Story menyabut cabaran penyanyi rap itu untuk bersemuka selain memerli Caprice kononnya dia seorang pejuan Islam namun takut dengan jarum.

Ingat kawan selama ini

Caprice menerusi IG story kemudan menjelaskan dia selama ini menyangka Sharnaaz sudah menjadi kawannya namun kini dia kena siapa kawan dan siapa lawan. Dia juga tidak sabar menunggu habis kuarantin untuk berjumpa Sharnaaz.

Sharnaaz mohon maaf

Terbaru, Sharnaaz meneerusi IG Story tampil memohon maaf menjelaskan dia akan bertemu Caprice dan menyelesaikan isu diantara kedua mereka dengan baik.

“Dari pagi semua pun tahu, aku ada isu sikit dengan Caprice. Insyaallah aku dengan Caprice akan selesaikan benda ini dengan cara elok dibelakang.

“Untuk aku apa aku punya gurauan dari awal dari dia di Jordan sampailah dia sampai sekarang ni aku rasa mungkin agak keterlaluan dan aku sebagai orang yang lebih matang dalam benda ni seek an apology kepadanya. Other than that terpulang pada dia”

“Urusan ni biar aku selesaikan bersama dengan dia” kata Sharnaaz lagi.

Caprice turut mohon maaf tanda berdamai

Video tersebut kemudian turut dikongsikan Caprice dan dia dalam masa sama turut memohon maaf kepada Sharnaaz.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.