fbpx
Now Reading
Ketua Komisi Penyiaran Indonesia Dakwa Animasi Upin & Ipin Sebagai Alat Propaganda

Ketua Komisi Penyiaran Indonesia Dakwa Animasi Upin & Ipin Sebagai Alat Propaganda

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin semua pasti kenal dan tahu kewujudan Animasi Upin dan Ipin terbitan Les Copaque Production.  

Mula ditayangkan pada tahun 2007, animasi yang cukup digemari kanak-kanak ini bukan sahaja popular di Malaysia malahan turut ditayangkan di beberapa negara luar antaranya Indonesia, Brunei, Singapura, Vietnam, Australia dan juga United Kingdom (UK)

Mungkin disebabkan jalan ceritanya yang santai, dan lakaran karakter kartunnya yang comel menyebabkan ianya begitu digilai kanak-kanak kecil.

Namun buat Ketua Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) Agung Suprio, dia berpendapat Upin-ipin adalah satu alat propaganda dari Malaysia.

Progaganda positif dalam mempromosikan budaya

Namun prograganda yang beliau maksudkan bukanlah propaganda negatif, sebaliknya Upin Ipin diangkat sebagai mempromosikan simbol budaya dan imej Malaysia yang dikenali sebagai negara berbilang bangsa, agama.

Perkara itu dikongsikan Agung Suprio sewaktu ditemuramah pelakon, pengacara dan Yotuber terkenal Indonesia, Deddy Corbuzier untuk rancangan podcast yang turut disiarkan di saluran Youtubenya.

“Upin dan Ipin dapat disebut propaganda positif, ini kerana ia dapat memperkenalkan imej Malaysia ke dunia luar yang berbilang kaum, budaya, sopan dan beragama,” katanya kepada Deddy.

Kerana mendapat peruntukan dari kerajaan Malaysia

 DIa kemudian menjelaskan alasannya disebalik dakwaan itu iaitu animasi berkenaan mendapat subsidi dari Kerajaan Malaysia. Itu secara tidak langsung membuatkan mereka menyebarkan imej positif tentang negara kita.

“Lu tahu gak Ipin-Upin itu disubsidi oleh pemerintah Malaysia?

“Jadi ia adalalah propaganda akhirya” kata ketua KPI itu lagi.

Kos besar untuk buat animasi di Indonesia

Dalam pada itu beliau turut menjelaskan Indonesia masih tertinggal ke belakang dalam pembikininan animasi kartun tempatan kerana kekangan kos yang besar berbanding pengeluar animasi di Malaysia yang disokong kerajaan.

“Tadi gua jelaskan, biaya produksinya mahal banget. Jadi lebih baik dia beli dari luar, tinggal tayang. Itu lebih murah buat dia.” katanya seperti dilaporkan Detik.

Agung bagaimanapun tidak menafikan bakat ramai rakyat Indonesia dalam dunia animasi namun dia sedar kos adalah masalah utama. Malahan menurutnya terdapat tenaga pakar dari Indonesia yang turut terlibat dalam animasi Upin-Ipin.

Sebagai rekod, kerajaan Malaysia menerusi inisiatif MSC Malaysia dibawah kelolaan Malaysia Digital Econony Corporation (MDEC) banyak membantu dan menyokong penciptaaan IP animasi tempatan baik dari suntikan dana dan juga konsultasi.

Antara animasi yang sudah berjaya menempa nama hingga keluar negara adalah seperti Upin Ipin, Boboiboy, Ejen Ali, Rimba Racer, Didi & Friends, Omar & Hana, Chuck Chicken, Supa Strikas dan banyak lagi.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.