fbpx
Now Reading
Sertai Dakwah Jemaah Tabligh, Netizen Doakan Shuk Sahar Terus Istiqamah

Sertai Dakwah Jemaah Tabligh, Netizen Doakan Shuk Sahar Terus Istiqamah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini dapat dilihat ramai selebriti tempatan yang mula mendalami ilmu agama dan berhijrah ke arah kebaikan dengan menyertai dakwah tabligh.

Antara selebriti yang kami maksudkan adalah Aliff Aziz, Zul Ariffin, Norman Hakim, Zahiril Adzim, dan penyanyi terkenal Annuar Zain.

Penghijrahan mereka membuatkan ramai peminat dan orang sekeliling gembira malah ramai bersetuju ia mampu menarik orang ramai untuk sama-sama berubah kearah yang lebih positif.

Terbaru seorang lagi rakan selebrit turut menyusul iaitu pelawak, pengacara dan usahawan, Shuk Sahar.

Perkara itu dikongsikan laman IG Dakwah Tabligh, memperlihatkan dua foto Shuk Sahar atau nama betulnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar yang turut keluar ke jalan Allah.

Doakan beliau istiqamah

Menerusi perkongian tersebut pengendali akaun tersebut turut meminta orang ramai mendoakan Shuk agar terus istiqamah.


“Shuk Sahar keluar ke jalan Allah, doakan beliau istiqamah dijalan Allah” tulis Dakwah Tabligh Malaysia

Perkongsian tersebut nyata mendapat respon positif dari orang yang rata-rata mendoakan agar pengacara tersebut terus istiqamah dan diberi ketetapan iman.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.