fbpx
Now Reading
2 Tahun Menyimpan, Bunga Isme Berjaya Beli Kondo Pada Usia 21 Tahun

2 Tahun Menyimpan, Bunga Isme Berjaya Beli Kondo Pada Usia 21 Tahun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru berusia 21 tahun namun penyanyi Bunga Isme sudahpun berjaya mempunyai rumahnya sendiri.

Namun ianya juga bukanlah satu perkara mudah dimana Bunga sudahpun mengumpulkan wang sejak 2 tahun demi membeli rumah jenis kondo yang diidamkannya.

Hadiah untuk ibunya

Menurut Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini, rumah yang terletak di Hulu Langat, Selangor itu merupakan hadiah untuk ibunya.

“Alhamdulillah, syukur impian rumah pertama saya akhirnya tercapai, sejak awal bekerja memang saya nak ada rumah sendiri. Rumah ini juga merupakan hadiah untuk ibu saya.

“Dahulu kami hidup berpindah-randah kerana emak dan ayah selalu bertukar lokasi kerja jadi rumah baru yang dijangka siapp beberapa tahun lagi ini akan jadi kediaman tetap kami.

“Lagi pula usia ibu pun dah lanjut, sebab itu saya nak ada rumah sendiri supaya ibu boleh duduk sekali, bolehlah saya jaga dan berbakti pada keluarga pula,” katanya.

Mengulas lebih lanjut mengenai persediannya sebelum membeli rumah, Bunga menjelaskan dia dari awal sudah menguruskan kewangan dengan baik malah banyak merujuk mengenainya kepada mereka yang pakar.

“Sejak tahun lepas saya dah bertanya dengan beberapa orang mengenai pembelian rumah, saya juga ada Google info-info dan tip sebelum membeli rumah.

“Bukan senang nak beli rumah, kena uruskan wang dengan baik, saya lupakan kemauan, mula menabung dan buat potongan setiap bulan,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.