fbpx
Now Reading
Tahniah! Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Selamat Bergelar Suami Isteri [Video]

Tahniah! Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Selamat Bergelar Suami Isteri [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Zizi Kirana dan pelakon, Yusuf Bahrin yang selamat diijabkabulkan sekitar 10.40 pagi tadi.

Yusuf Bahrin, 29, sah menjadi suami suami Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, dengan sekali lafaz di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Masjlis pernikahan tersebut turut dikongsikan Zizi secara langsung menerusi IG Live nya dimana mereka dinikahkan oleh Imam Masjid Usamah Bin Zaid, Murshidi Abd Hamid berwakil walikan bapa Zizi sendiri, Mad Tahil dan diadakan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

Yusof menyerahkan mas kahwin senaskah al-Quran, sebentuk cincin dan seutas gelang tangan namun wang hantaran pula tidak didedahkan.

Pasangan ini dilihat sama cantik dan sama padan apabila mengenakan persalinan hitam klasik rekaan Shanell Harun dan Zizi turut ditatarias usahawan dan jururias terkenal Datuk Alha Alfa.

Malah Shanel turut dilihat berkongsi video di Instagramnya momen sewaktu beliau sedang menyiapkan Zizi .

Sekali lagi tahniah kami ucapkan kepada Zizi dan Yusuf Bahrin! Selamat pengantin baru!!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.