Bakal Doktor, Anak Sulung Johan & Ozlynn Lanjut Pelajaran ke Ireland
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Anak sulung pasangan selebriti, Johan dan Ozlyn Waty iaitu Ahmad Ariq Hanania difahamkan baru sahaja terbang ke Ireland pada Ahad lalu bagi memulakan pengajian dalam bidang perubatan di universiti disana.
Mungkin kerana perasaan yang bercampur gembira dan sayu, Ozlynn menerusi satu perkongsian di Instagram berkongsi momen manis mereka sekeluarga sebelum Ariq meninggalkan tanah air.
“Ya Allah, peliharalah anak kami Ariq, permudahkan urusannya, tenangkanlah hatinya dalam menimba ilmu, kuatkan imannya dalam beribadah, cekalkan hatinya menempuh ujian-Mu, berkatilah setiap ilmu dan rezeki yang Kau berikan. Amin.
“Ariq, papa dan mama sayang kamu. Jadilah anak yang sentiasa mengutamakan akhirat. Doa papa dan mama takkan pernah berhenti selagi bernyawa. Kami sayang kamu Ariq Hanania,” kata pelakon itu.
Menerusi video tersebut, Johan turut dilihat bergurau sambil mendukung anak lelakinya itu, manakala anak-anak lain turut meminta bapa mereka berbuat perkara sama.
“Anak siapa ni? Tak malu dah besar panjang minta dukung, minta suap makan, minta korekkan telinga, potongkan kuku, mandi kalau papa dia ketuk suruh buka pintu, selamba dia buka.
“Tidur bawah ketiak papa lagi, kadang-kadang minta papa buatkan susu sebelum tidur. Ada ke yang macam dia? Tapi itu masa manja, masa mengaji tak dapatlah bermanja macam tu,” kata Ozlynn lagi.
Terdahulu, ramai menjadikan pasangan selebriti ini sebagai contoh yang mengutamakan pendidikan seimbang kepada anak mereka malah turut mengajar mengaji sendiri di rumah.