fbpx
Now Reading
Selepas Yuna & Layla Sania, Kini Rezeki Dolla Pula Hiasi Papan Iklan Di Kota New York

Selepas Yuna & Layla Sania, Kini Rezeki Dolla Pula Hiasi Papan Iklan Di Kota New York

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika sebelum ini penyanyi terkenal Yuna dan artis baharu Layla Sania mencipta nama sebagai artis pertama dan kedua wajahnya terpampang di kota New York, Amerika Syarikat kini giliran kumpulan Dolla pula menghiasi papan iklan di sana.

Terpampang besar di papan iklan digital di New York Times Square bermula semalam, penampilan Dolla difahamkan adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh syarikat penstriman digital terkenal, Spotify. 

Berkongsi perkara tersebut di akaun instagram mereka, Dolla yang terdiri dari Tabby, Sabronzo, Syasya, Angel, menyifatkan peluang tersebut umpama satu impian yang menjadi nyata dan berterima kasih kepada Spotify dan juga muzik label mereka Universal Music.

Menurut Harian Metro, mereka begitu teruja ketika dimaklumkan perkara tersebut. Menurut Sabronzo yang mewakili Dolla berkata, pemilihan tersebut adalah satu penghormatan tertinggi buat mereka yang baru bertatih dalam industri hiburan.

“Kami tak mampu nak luahkan perasaan sekarang. Ia satu penghormatan yang besar buat kumpulan nyanyian seperti kami yang baru hendak bertatih dan kami harap kami akan dapat terus memenuhi harapan peminat ,” katanya.

Dolla yang mula ditubuhkan pada tahun 2019 mula mencuri perhatian peminat industri muzik tempatan apabila tampil dengan gaya berbeza dan persembahan yang agak menarik menerusi lagu Dolla Makes You Wanna, Impikan dan Watch Me Glow.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.