fbpx
Now Reading
Gara-gara Nombor Telefon Digunakan Dalam Squid Game, Lelaki ‘Tertekan’ Selepas Terima 4,000 Panggilan

Gara-gara Nombor Telefon Digunakan Dalam Squid Game, Lelaki ‘Tertekan’ Selepas Terima 4,000 Panggilan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan drama bersiri, Squid game kini telah menjadi satu fenomena di seluruh dunia.

Berkisar mengenai individu yang mempunyai masalah kewangan dan hutang, Gong Yoo yang melakonkan watak seorang lelaki misteri akan merekrut mereka untuk bermain satu permainan dengan menawarkan hadiah yang lumayan.

Jika bersetuju mereka hanya perlu menghubungi nombor yang tertera pada kad bisnes yang diberikannya.

Namun siapa sangka, jika kebiasaan nombor yang digunakan dalam sesebuah drama atau filem adalah nombor yang palsu, namun didalam cerita ini nombor tersebut sememangnya wujud dan digunakan oleh seorang lelaki, yang dikenali sebagai Mr A di Korea Selatan.

Mengakui tidak menonton drama berkenaan, lelaki ini bagaimanapun mendakwa telah menerima lebih 4,000 panggilan dan pesanan ringkas sehari sejak beberapa minggu lepas.

Pelik mengenai kejadian tersebut, dia kemudian mendapat tahu bahawa nombornya telah digunakan dalam drama itu oleh seorang pemanggil.

Sudah guna 10 tahun

“Saya sudah menggunakan nombor ini selama 10 tahun dan ini adalah kali pertama hal seperti ini berlaku.

“Salah seorang pemanggil yang memaklumkan bahawa nombor telefon saya digunakan dalam drama Squid Game,” kata lelaki yang tidak didedahkan identitinya.

Lebih menyukarkan beliau apabila bateri telefonnya sentiasa habis ekoran dari panggilan demi panggilan yang masuk untuk menghubunginya.

Perkara ini jemudian telah dipanjangkan kepada pihak pengurusan Netflix Korea yang berjanji akan menyiasat perkara tersebut dan berjanji akan menghubungi pemilik sebenar nombor telefon berkenaan

Kesilapan kecil ini boleh menyebabkan Netflix idenda hingga 50 juta won (S$57,400).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.