fbpx
Now Reading
Rita Rudaini Kecewa, Nama Sekali Lagi Digugurkan Dari Terlibat Penggambaran Kerana SOP MKN

Rita Rudaini Kecewa, Nama Sekali Lagi Digugurkan Dari Terlibat Penggambaran Kerana SOP MKN

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aktres terkenal, Rita Rudaini  mendedahkan yang namanya sekali lagi digugurkan dari sebuah tawaran penggambaran.

Menurut Rita, untuk tawaran kali ini, nama beliau sebenarnya sudah lama dimuktamadkan namun terpaksa digugurkan gara-gara Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang disifatkannya sebagai diskriminasi.

Persoalkan keperluan Swab test jika sudah divaksin

Menerusi muat naik di IG Story-nya, Rita turut mempersoalkan keperluan melakukan saringan jika seseorang itu sudah lengkap vaksinasi.

“Sekali lagi saya digugurkan dari job yang dah lama confirm..Hanya kerana ‘SOP MKN’. SOP diskriminasi. Kenapa perlu ada swab test lagi bila nak bekerja kalau dah vaksin?

“Sama ja dengan SOP sebelum sampainya vaksin. Semua patuh SOP kena swabtest dulu sebelum kerja. Jadi apa bezanya dengan sekarang?

“Jangkit? Pembawa? Bukan ke yang dah vaksin pun boleh jadi pembawa.. Apa bezanya? Ok vezanya memang nak ‘paksa’ walaupun kata tak wajib. Bezanya sekarang Malaysia negara dikriminasi..

“Tahniah kepada FINAS”

“Yang dalam kesusahan sampai kena naikkan bendera putih tapi tak nak pula usaha pergi cari yang belum vaksin ini pula kerah usaha pergi cari rumah ke rumah. Kepada Finas tahniah korang memang buat ‘kerja’ dari dulu hingga sekarang. Tolong anak-anak seni dalam kesusahan” luahnya.

Dapat tawaran sijil palsu

Dalam masa sama aktres tersebut turut mendedahkan yang dia ada menerima tawaran vaksin palsu dalam memudahkan urusan hariannya. Namun dia enggan menipu diri sendiri dan sekeras-kerasnya menolak tawaran berkenaan dalam mencari rezeki.

“Ada pihak tawarkan pada saya vaksin tipu untuk senang bekerja tapi maaf lah. Saya mencari rezeki dengan ikhlas, saya tak perlu nak tipu diri sendiri dan orang lain hanya untuk puaskan SOP kerajaan.

“Kerana rezeki kita semua makhluk di muka bumi ni, Allah swt yang pegang. Bagi saya, ini satu ujian DIA pada saya. Dia nak tengok saya sabar atau kecundang dengan ujian DIA atau tidak.

“Rezeki kita semua dah tertulis dan saya percaya dengan aturanNya. Dia gugurkan sehelai daun pun ada sebab. Moga Allah permudahkan segala urusan kita semua” luahnya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.