fbpx

Ada Yang Tak Tahu, Ini Punca Kassim Selamat & Sabariah Jatuh Miskin Dalam Cerita Ibu Mertuaku

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut tentang filam klasik tempatan, pasti ramai terbayangkan lagenda, Tan Sri P, Ramlee bukan? Terlalu banyak filem beliau yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia antaranya filem Ibu Mertuaku.

Didalam filem tersebut, P Ramlee memegang watak sebagai Kassim Selamat, seorang bekas pemain muzik  menjadi buta kerana terlalu bersedih sebaik mengetahui kematian isterinya, Sabariah.

Jikalau korang masih ingat, perkahwinan mereka yang tidak direstui menyebabkan emak Sabariah iaitu, Nyonya Mansoor telah menghalau kedua mereka dari rumah.

Namun sebelum menghalau mereka berdua keluar, Nyona Mansoor bagaimanapun ada memberikan wang sebanyak RM5,000 sebagai ‘bekalan’ mereka untuk meneruskan kehidupan.

Di era 60’an jumlah tersebut bukanlah satu jumlah yang kecil, sebaliknya korang membeli pelbagai benda termasuklah tanah kebun getah.

Persoalannya bagaimana Kassim Selamat & Sabariah boleh jatuh miskin hingga terpaksa menyewa rumah kolong walhal mereka sebenarnya mempunyai wang sebanyak itu?

Yang sebenarnya ada babak selepas babak tersebut yang telah dipotong untuk siaran TV kerana berkait dengan judi. Nak tahu apa yang terjadi jom tonton video di bawah :

@coyot_

Kalau anda pernah menonton babak ini di kaca TV tanpa dipotong, maknanya anda sudah tua #pramlee #fyp #pramleefilems

♬ original sound – Coyot

Babak ini sebenarnya sudahpun ditonton orang ramai. Namun sewaktu pertengahan 90-an ianya telah dipotong kerana wujudnya babak lumba kuda. Jadi untuk korang yang pernah menonton babak tersebut bermakna korang dah dikategorikan ‘otai’ lah kan?

Dijengah ke ruangan komen rata-rata dilihat terkejut dengan kewujudan babak tersebut sehingga mengubah persepsi mereka tentang karakter-karakter didalam cerita berkenaan.

Namun ada yang sudah pun pernah melihat babak berkenaan khususnya mereka yang pernah menontonnya sebelum era pertengahan 90-an.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.