fbpx
Now Reading
Anak Fazura Dapat Hadiah Rantai Berlian Dari Permaisuri Selangor Sempena Hari Jadi

Anak Fazura Dapat Hadiah Rantai Berlian Dari Permaisuri Selangor Sempena Hari Jadi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, anak kepada pasangan terkenal Nur Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya telah menyambut ulang tahun kelahiran yang pertamanya pada 2 Oktober lalu.

Menerusi instagram, Fazura telah berkongsi beberapa foto sewaktu sambutan hari lahirnya yang diadakan secara kecil-kecilan dimana Fatima telah menerima pelbagai jenis hadiah dari sahabat ibu ayahnya serta saudara terdekat.

Yang menariknya bersempena dengan sambutan ulang tahunnya itu, Fatima turut menerima pemberian hadiah dari Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman hari ini.

Teruja dengan pemberian tersebut, Fazura menerusi IG Story-nya telah berkongsi kepada orang ramai momen sewaktu dia bersama puterinya membuka hadiah berkenaan.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Fatima telah menerima sekalung rantai berlian dengan loket huruf F bersempena namanya.

Dia dalam masa sama turut menerima sekeping kad ucapan istimewa daripada Tengku Permaisuri Norashikin.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.