fbpx
Now Reading
Peminat Berang Selepas Agensi Seolah Pilih Kasih, Larang Lisa Blackpink Hadiri Pertunjukan Fesyen Bvlgari di Paris

Peminat Berang Selepas Agensi Seolah Pilih Kasih, Larang Lisa Blackpink Hadiri Pertunjukan Fesyen Bvlgari di Paris

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/nguynie0801/status/1445967849294483457

Peminat kumpulan Blackpink khususnya Lisa Manoban pasti tahu selebriti kesayangan mereka itu merupakan duta global rasmi jenama perhiasan mewah, BVLGARI.

Namun sejak beberapa hari lalu media sosial menjadi panas selepas peminat mendapati Lisa tidak menyertai ETAM Live Show di acara Minggu Fesyen di Paris membabitkan jenama Blvgari walaupun dia berada disana sama seperti ahli Blackpink yang lain.

Difahamkan ianya berlaku selepas agensi mereka, YG Entertainment melarang penyanyi kelahiran Thailand itu untuk menyertai sebarang acara disana susulan penularan wabak COVID-19.

CEO Bvlgari perjelas apa yang terjadi

Perkara tersebut dijelaskan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bvlgari, Jean-Christophe Babin di akaun instagramnya bagi mengelakkan pihaknya dipersalahkan untuk isu berkenaan.

Disebabkan larangan berkenaan, pasukan Bvlgari tidak dapat membawa Lisa yang sudah berada di Paris untuk bertemu duta mereka yang lain seperti  Zendaya, Lily Aldridge dan Vittoria Ceretti bagi kempen jenama tersebut di sana.

Perkongsian tersebut nyata menaikkan kemarahan peminatnya yang menyifatkan agensinya bersikap pilih kasih dan mengamalkan double standard memandangkan ahli Blackpink lain dibenarkan menyertai acara berkenaan mewakili jenama masing-masing. Malah mereka juga sebelum ini bebas menyertai acara besar lainnya.

Ada yang mengaitkannya dengan kewarganegaraan memandangkan Lisa bukanlah rakyat Korea sebaliknya warga Thailand.

Ramai yang kemudian menggesa YG Entertainment melayan Lisa dengan adil sama seperti tiga lagi rakan kumpulannya dan membiarkannya melakukan apa yang dimahukannya sama seperti ahli lain.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.