fbpx

“Saya terpaksa berjimat” -Iqbal Cari Orang Boleh Buat Lagu, Sedia Tawar Bajet Serendah RM500K

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ramai pasti bersetuju isu percintaan diantara jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya (PA) Ahmad Iqbal Zulkifli berjaya melonjakkan nama pemuda tesebut.

Sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Disember ini, majlis berkenaan bagaimanapun dibatalkan atas beberapa sebab tertentu.

Terbaru nama Iqbal sekali lagi menjadi bualan apabila dia dikatakan sedang mencari seseorang yang boleh membuat lagu dengan kadar segera.

Yang menariknya dia sanggup menawarkan bajet RM500,000 untuk penyediaan lagu berkenaan.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Iqbal menerusi satu muat naik di IG Story-nya.

Menerusi dua lagi muatnaik dia memaklumkan kos RM500k berkenaan bukanlah hanya untuk menghasilkkan lagu berkenaan sebaliknaya turut merangkumi kos pembuatan muzik video.

Jelasdia memilih bajet sebanyak itu kerana pernah mendapat sebutharga berjumlah RM600,000. Disebabkan ingin berjimat ekoran dari ekonomi yang tidak berapa stabil dia memilih untuk berjimat sebanyak RM100 ribu.

“Saya terpaksa berjimat cermat”

Dia dalam masa sama turut menyelar segelintir individu yang mempertikaikan bajet yang disediakannya selain menyamakannya dengan segelintir pengasas produk kosmetik yang lain dipercayai merujuk kepada trend ‘ dari founder menjadi penyanyi’ disebabkan berduit.

Mungkin tidak selesa dengan tuduhan berkenaan dia kemudian menjelaskan walaupun bukan penyanyi profesional tetapi dia merupakan seorang juara nasyid bagi negeri kelantan malahan pernah bergelar naib juara nasyid di peringkat kebangsaan.

Tambahnya lagi ibunya juga merupakan seorang penulis lirik album nasyid yang pernah bergelar juara kebangsaa,

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.