fbpx
Now Reading
‘Ya, Saya Dah Fail Cerai’ – Rumah Tangga Didakwa Bermasalah, Siti Saleha Sahkan Sudah Fail Cerai

‘Ya, Saya Dah Fail Cerai’ – Rumah Tangga Didakwa Bermasalah, Siti Saleha Sahkan Sudah Fail Cerai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat dunia hiburan hari ini dikejutkan dengan laporan media yang melaporkan rumah tangga aktres terkenal, Siti Saleha dan suami, Ahmad Lutfi Azhar sedang bergolak.

Ianya selepas mereka berdua dikatakan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu 13 Oktober 2021 seperti yang dilaporkan mStar.

Berita berkenaan agak mengejutkan orang ramai memandangkan Saleha sebelum ini tidak pernah berkongsi mengenai masalah peribadi secara terbuka di media sosial mahupun media.

Enggan isu berkenaan terus menjadi teka-teki, Siti Saleha akhirnya tampil megesahkan kesahirannya ke mahkamah adalah bagi memfailkan kes cerai ke atas suaminya.

Menerusi laporan Harian Metro, pelakon 7 Hari Mencintaiku itu menjelaskan ianya dilakukan atas kebenaran mahkamah.

Dia bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai punca dia memfailkan perceraian berkenaan.

“Ya, saya failkan kes cerai atas kebenaran mahkamah. Selanjutnya, saya tak mahu komen. Terima kasih,” katanya seperti dipetik Astro Gempak.

Difahamkan, prosiding sekitar pukul 10 pagi tadi dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim.

Hasil tinjauan kami mendapati kali terakhir aktres berkenaan berkongsi gambar bersama suaminya adalah pada 24 Mac lalu iaitu sewaktu sambutan hari kelahiran suaminya.

Sebagi rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 28 Julai 2017 dan belum dikurniakan cahaya mata.

Baca artiekl berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.