fbpx
Now Reading
Dah ‘Cerai Talak 3’ Dengan Malaysia, Sajat Sahkan Sudah Berada Di Australia [Video]

Dah ‘Cerai Talak 3’ Dengan Malaysia, Sajat Sahkan Sudah Berada Di Australia [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas hampir sebulan mendiamkan diri ekoran dari penularan berita yang dirinya ditahan di Thailand, usahawan kosmetik dalam buruan, Sajat sebentar tadi mengesahkan yang dia kini sudah berada di Australia.

Tampil secara langsung menerusi Instagram Story-nya, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zamanmemaklumkan dia baru sahaja tiba dan kini secara rasmi menetap disana.

“Bukan lari tapi berhijrah”

Menerusi live tersebut, Sajat turut memaklumkan sedang menjalani kuarantin di Canterbury, Australia. Dia bagaimanapun menafikan dia melarikan diri sebaliknya berhijrah kesana.

“Kita tak lari, kita berhijrahlah. Tak baik kata kita lari you all (anda semua) yang kata kita lari tak boleh terima hakikatkan” katanya kepada orang ramai.

Mengakui gembira dengan penghijrahannya kesana, Sajat yang berterima kasih kepada keduataan Australia yang telah membantunya hingga berjaya ke sana bagaimanapun menjelaskan yang dia masih seorang muslim

“I rasa kalau I masih Islam…biarlah you dengan islam you This is more respect (ini lebih hormat). Tak perlulah you nak judge I ke apa ke. Kita hormat satu sama lain,” katanya sambil berinteraksi bersama pengikutnya.

Ujarnya lagi, dia sudah menjual semua perniagaannya di Malaysia dan sudahpun merancang untuk membuka perniagaan di negara kanggaru itu.

I dah jual bisnes dekat Malaysia

“Saya dah jual bisnes I kat Malaysia… Saya citizen kat sini (Australia) , dah jual brand kat Malaysia, semua dah jual ,kedai emas pun dah jual.

“Saya sangat happy sekarang, saya boleh jadi diri sendiri, boleh tenang tak ada gangguan. Saya hanya nak fokus perniagaan. Saya boleh pakai apa saja dekat sini, saya tak ganggu siapa-siapa pun”

Menurut Kosmo, di penghujung sesi live tersebut dia turut mengesahkan sudah bercerai talak tiga dengan Malaysia dan tak akan tak dapat kembali ke sini lagi. Dia bagaimanapun tidak ralat dengan perkara tersebut sebaliknya gembira dapat memulakan kehidupan baru di sana.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.