fbpx
Now Reading
“Nak Selamatkan Iqbal Kena Sihir” – DSV Dedah Punca Terjah Rumah Iqbal Jam 3 Pagi

“Nak Selamatkan Iqbal Kena Sihir” – DSV Dedah Punca Terjah Rumah Iqbal Jam 3 Pagi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Media sosial baru-baru ini hangat memperkatakan mengenai pendedahan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida(DSV) iaitu Ahmad Iqbal dimana jutawan tersebut telah menerjah ke rumahnya pada jam 3 pagi beberapa hari lalu.

Bukan itu sahaja, Vida juga tidak datang kosong sebaliknya datang dengan dengan membawa sebentuk cincin. Menurut Iqbal dia terpaksa melayan kedatangan Vida serta akan memulangkan cincin berkenaan.

Pendedahan berkenaan menyebabkan DSV teruk dikecam netizen seolah tidak menghormati orang lain memandangkan waktu tersebut kebiasaannya rata-rata orang pasti sedang diulit mimpi.

Niat untuk selamatkan Iqbal dari disihir

Enggan niatnya disalah ertikan, Vida kemudian tampil menerusi IG live menjelaskan tujuan sebenar dia kesana selewat itu.

Menurut Vida, niatnya adalah untuk menyelamatkan Iqbal yang telah disihir namun perkara tersebut tidak diketahui bekas pembantu peribadinya itu. Dia juga menjelaskan nekad ke rumah Iqbal selepas melakukan tahajjud meminta petunjuk Allah sama ada tindakannya itu benar atau tidak. Jelasnya

Jelasnya, andai Allah S.W.T tidak meredhai apa yang dilakukan, dia meminta agar dilencongkan ke tempat lain sewaktu dalam perjalan ke sana.

“Saya terjah sebab ingin selamatkan Iqbal yang sudah disihir walaupun dia tak rasa dia kena sihir. Saya melakukan solat tahajjud untuk meminta petunjuk daripada Tuhan, selepas saya buat, saya nekad pergi. Realitinya Iqbal sudah disihir dan dia tidak rasa dia sedang sakit.

“Saya sudah kenal dia selama tujuh tahun, kulit dia putih pun sudah jadi warna kelabu asap. Bawah mata juga sudah gelap dan saya perlu selamatkan dia,” katanya.

Sanggup rendahkan martabat diri

Vida dalam masa sama mengakui tidak kisah sekiranya ada yang menganggap dia berdrama apatah lagi dia telah merendahkan martabat dirinya untuk berjumpa Iqbal semata-mata untuk menyelamatkan pemuda itu dari disihir.

“Nak cakap drama terpulang kepada semua. Sikit lagi kami akan dihalalkan. Orang keji saya. Orang kata saya tak move on. Tak apa. Untuk hal ini juga, saya sanggup merendahkan maruah pada pukul 3 pagi demi mencari lelaki muda yang menjadi kegilaan saya

“Sihir tersebut ditujukan kepada saya tetapi Iqbal yang kena. Ilmu hitam tersebut untuk buat saya tidak bahagia dan tidak kaya kerana dengki dengan kehidupan serta perniagaan saya,” ujarnya.

Cincin sudah lama dalam beg

Dalam pada itu Vida turut menjelaskan cincin yang diberikannya kepada iqbal sebenarnya sudah lama tersimpan di dalam begnya.

“Cincin tersebut memang sentiasa dalam beg dan dia juga sudah lama menginginkannya. Bila jumpa dia, saya beri terus. Tiada isu pun,” katanya menerusi video itu lagi.

Terdahulu, Iqbal meluahkan rasa terkejut apabila diterjah oleh jutawan kosmetik itu dirumahnya sekitar jam 3 pagi, Sabtu lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.