fbpx
Now Reading
“Cukup-cukuplah cerita sampah” – Izwan Azir Saleh Mohon Henti Sensasikan ‘Drama’ Vida dan Iqbal

“Cukup-cukuplah cerita sampah” – Izwan Azir Saleh Mohon Henti Sensasikan ‘Drama’ Vida dan Iqbal

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ramai pasti bersetuju, kisah kontroversi diantara jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) dan bekas pembantu peribadinya, Iqbal tidak akan habis.

Bermula dari kisah mereka yang merancang akan berkahwin sehinggalah ke drama disihir, pasti ada sahaja kisah mereka yang timbul dan dijaja segelintir pihak hingga menimbulkan rasa muak dikalangan orang ramai.

Peka dan mungkin kurang selesa dengan isu tersebut, penyampai radio Buletin FM, Azwan Azir Saleh menerusi ciapan di Twitter meminta orang ramai agar berhenti dari mengambil tahu kisah kedua mereka.

Bekas penyampai berita dan wartawan kanan sebuah stesen TV itu turut meminta media untuk berhenti dari mensensasikan kisah mereka memandangkan drama sebegitu sudah ketinggalan zaman.

“Saya minta sangat2 lah media² tertentu ni hentikan drama Iqbal dan DS Vida ni. Drama begitu zaman kita menonton Opah atau Pi Mai Pi Mai Tang Tu dulu bolehlah. Ini dah tahun 2021! Takkan mentaliti kita tahap itu sahaja weyh??

Tegasnya lagi pemikiran anak muda perlu diutamakan dan dijaga demi masa depan.

Kisah mereka tak letak nasi dalam pinggan kita

“Saya tahu ada faktor pembelian ruang berita oleh golongan berada ini supaya cerita begini dijual, dijaja tapi come on! Duit mereka lebih penting atau bentuk pemikiran anak bangsa kita pada masa depan yang lebih penting?.

“Kepada yang mudah terhibur dgn cerita ‘sampah’ dua manusia tu, ketahuilah, mereka kahwin atau x, dia buat lagu Caprice atau Floor 88 ke, tak letak nasi dalam pinggan kita, x bayar hutang bank kita. Dia untung dpt trafik, kita dapat apa? Otak makin layu..” luahnya lagi menerusi cuapan berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.