fbpx
Now Reading
Tahniah! Fizo Omar Sah Bergelar Suami Kepada Bekas Pramugari

Tahniah! Fizo Omar Sah Bergelar Suami Kepada Bekas Pramugari

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Akhirnya teka teka mengenai pernikahan aktor Fizo Omar terjawab apabila pengurunya, Fizo Mimi mengesahkan yang beliau sudahpun sah menjadi suami kepada seorang gadis Sarawak semalam.

Menerusi laporan mStar, Fizo selamat disatukan dengan isterinya, dalam satu majlis tertutup di sebuah resort dipercayai Bidaisari Resort di Janda Baik, Pahang.

“Alhamdulillah pagi semalam. Fizo buat majlis secara tertutup hanya famili terdekat sahaja yang datang.

“Tunggu nanti InsyaAllah Fizo sendiri akan umumkan dan dedah siapa suri hati dia,” katanya.

Meskipun tidak mendedahkan sebarang identiti mengenai isteri Fizo, carian yang dilakukan media mendapati isterinya bernama Fazeera Nazri dan merupakan seorang bekas pramugari.

Fizo dedah nama dan foto isteri secara rasmi

Malah Fizo sebentar tadi baru sahaja memuat naik foto bersama isterinya itu di akaun Instagram dan mendedahkan nama dan foto bersama isterinya secara rasmi.

Fazeera turut berbuat perkara sama apabila berkongsi dua foto sewaktu majlis pernikahannya itu kepada orang ramai.

Terdahulu Fizo pada malam khamis telah memuat naik foto memperlihatkan dia sedang mengenakan persalinan baju melayu berwarna putih bersama anaknya. Dia menerusi ruangan kapsyen seolah memberi bayangan bahawa dia sudah keluar dari kumpulan selebriti berstatus duda.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.